Bahawa Siratul Mustaqim itu lebih tajam sangat halus dan lebih tajam daripada mata pedang.
عن عبد الله رضي الله عنه ، ( وإن منكم إلا واردها ) قال : « الصراط على جهنم مثل حد السيف فتمر الطائفة الأولى كالبرق ، والثانية كالريح ، والثالثة كأجود الخيل ، والرابعة كأجود الإبل والبهائم ، ثم يمرون والملائكة تقول : رب سلم سلم - هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه- المستدرك على الصحيحين للحاكم - (8 /69 )
Maksudnya:
Daripada Abdullah RA katanya: (Surah Maryam:71. dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya) ia berkata: Sirat itu terbentang di atas neraka Jahannam, ia umpama mata pedang kehalusannya. Kumpulan pertama melaluinya secepat kilat, kedua seperti kecepatan angina, ketiga umpama kelajuan kuda, keempat umpama kelajuan unta dan binatang-bintang kemudian mereka melalunya dan para malaikat berkata: Wahai Tuhan! Selamatkanlah! Selamatkanlah!
AGAK-AGAK ANDA DALAM GOLONGAN YANG MANA SATU???
Wednesday, October 27, 2010
Monday, January 25, 2010
Nota Ringkas Pengenalan Nabi Muhammmad

MUHAMMAD DI HATI KAMI
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib… daripada Bani Hasyim… daripada Quraisy… daripada Bani Ismail bin Ibrahim alaihissalam… daripada Bani Sam bin Nuh alaihissalam… daripada Nabi Adam alaihissalam.
Di antara nama-nama baginda:
Sabda Rasulullah SAW:
" قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) " أنا محمد وأنا أحمد وأنا الماحي الذي يمحو الله بي الكفر وأنا الحاشر الذي يحشر الناس على قدمي وأنا العاقب الذي ليس بعده نبي"
Maksudnya:
Aku adalah Muhammad, aku Ahmad, aku al-Mahi yang memadam kekufuran, aku al-Hasyir yang mengumpul manusia atas kakiku dan aku adalah al-Aqib yang tiada selepasnya nabi.
Gelarannya: Abul Qasim.
Ibunya: Aminah binti Wahhab dari Bani Zahrah dari Quraisy
Tarikh lahirnya: lahir pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah 53 tahun sebelum hijrah.
Jantina: Penghulu lelaki
Agama: Penghulu Muslimin.
Tempat lahirnya: Mekah al-Mukarramah- dekat bukit Safa- Rumah Abu Talib ( sekarang dijadikan perpustakaan Mekah ).
Anak lelaki: al-Qasim- dan dengannya baginda diberi gelaran, Abdullah-digelar al-Taiyib dan al-Tahir dan Ibrahim.
Anak-anak perempuan: Zainab, Rokiyah, Ummu Kalsum dan Fatimah.
Bapa saudara yang terkenal: yang Islam- al-Abbas dan Hamzah, yang bukan Islam- Abu Talib dan Abu Lahab.
Ibu saudara yang terkenal: yang Islam- Umaimah ibu isteri baginda Zainab binti Jahsy dan Shafiyah.
Orang yang jadi bidan: al-Syifa'- Ibu Abdul Rahman bin Auf.
Orang yang menyusunya: orang yang mula menyusunya adalah ibunya-Aminah, kemudian Suwaibah hamba Abu Lahab kemudian Halimah al-Saadiah.
Penjaganya: Barakah, Ummu Aiman- yang berkahwin dengan Zaid bin Harisah.
Anak-anak nabi:
Pertama: anak-anak perempuan:
Zainab: meninggal pada tahun ke-8H, beliau anak sulung, berkahwin dengan anak saudara sebelah ibunya iaitu Abu al-Ash ibnu ar-Rabi', darinya lahir seorang anak perempuan ( umamah ) yang berkahwin dengan saidina Ali selepas kematian Fatimah dan ia tiada anak beranak
Rokiyah: meninggal pada tahun ke-2H, beliau berkahwin dengan saidina Osman bin Afwan dan melahir dua orang anak yang kedua-duanya meninggal pada umur 6 tahun.
Umm Kalsum: meninggal pada tahun ke-9H, beliau berkahwin dengan saidina Osman bin Afwan selepas kakaknya meninggal dan beliau tiada beranak.
Fatimah: meninggal pada tahun ke-11H iaitu selepas Nabi meninggal dunia 6 bulan. Beliau berkahwin dengan saidina Ali bin Abi Talib, daripadanya lahir anak yang bernama al-Hasan, al-Husain, Zainab dan Ummu Kalsum.
Anak-anak lelaki: al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, kesemuanya meninggal sebelum mencapai umur dua tahun, kesemua mereka adalah anak daripada Kadijah melainkan Ibrahim anak daripada Mariah al-Masriah.
Isteri-isteri Nabi:
1. Khadijah binti Khuwailid: beliau isteri yang pertama, yang meminang baginda tatkala melihat akhlak baginda yang luar biasa, meninggal dunia pada umur 65 tahun dan ketika itu baginda Nabi berumur 50 tahun dan nabi tiada berkahwin dengan orang lain ketika menjadi isteri baginda.
2. Saudah binti Zum'ah: beliau kematian suami dalam keadaan lanjut usia dan tiada sesiapa yang menjaga beliau lalu nabi berkahwin dengannya itu pun setelah Khadijah meninggal.
3. Aisyah binti Abu Bakar al-Siddik: Nabi berkahwin dengannya kerana memuliakan bapanya dan baginda tidak bersatu dengannya melainkan setelah tiga tahun. Beliau adalah orang yang paling cerdik dan paling mengetahui dengan berfatwa.
4. Hafsah binti Umar al-Khattab: beliau kematian suami dalam peperangan Badar, lalu bapanya mempelawa para sahabat agar berkahwin dengannya lalu Nabi berkahwin dengannya kerana memuliakan bapanya. Beliau pandai membaca dan menulis.
5. Ummu Salamah- Hindun binti Umaiyah: beliau kematian suaminya selepas perang Uhud, beliau mempunyai ramai anak lalu baginda berkahwin dengannya agar menjaga dan mendidik anak-anaknya.
6. Zainab binti Khuzaimah: beliau kematian suaminya dalam peperanga Uhud dan beliau telah lanjut usia. Beliau tiada sesiapa menjaganya lalu nabi berkahwin dengannya dan meninggal setelah 7 bulan.
7. Zainab binti Jahsy- beliau adalah anak ibu saudara baginda yang bernama Umaimah. Beliau telah berkahwin dengan Zaid bin Harisah anak angkat Nabi setelah itu beliau diceraikan. Ketika itu orang-orang Arab melarang wanita yang dicerai berkahwin selepas perceraiannya dan melarang isteri anak angkat berkahwin dengan bapa lalu Allah menghendaki perkara itu dilenyapkan maka diperintahkan Nabi berkahwin dengannya.
8. Juwairiyah binti al-Haris bin Dirar: beliau adalah tawanan perang dalam peperangan al-Mustaliq, lalu memeluk Islam kemudian nabi berkahwin dengannya. Beliau adalah anak raja bani al-Mustaliq, apabila bapanya mengetahui bahawa nabi memuliakannya, bapanya memeluk Islam berserta dengan kaumnya. Perkahwinan ini mendatangkan keberkatan pada kaumnya.
9. Safiyah binti Hay bin Akhtab: bapa beliau adalah raja yahudi dari bani Nadir. Dalam peperangan Khaibar suaminya ditawan lalu beliau memeluk Islam kemudian nabi berkahwin dengannya.
10. Ummu Habibah, Ramlah binti Abi Sufyan: Beliau memeluk Islam dan hijrah bersama suaminya ke Habsyah tetapi suaminya murtad dari Islam di Habsyah lalu nabi berkahwin sebagai menggantikan perpisahan dengan suaminya semasa beliau berada tempat yang asing baginya.
11. Maimunah binti al-Haris al-Hilaliah: Beliau menyerahkan dirinya sebagai 'hebah' ketika Rasulullah SAW di Mekah semasa baginda melakukan Umrah Qada' lalu menerimanya dan berkahwin dengannya.
12. Mariah binti Syam'un al-Qibtiah: beliau satu-satunya hamba yang dikahwini oleh Rasulullah SAW bagi melahirkan kekuatan golongan hamba dalam kehidupan yang mulia itu. Beliau dihadiah oleh raja Mesir al-Maqusqas dan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Ibrahim.
Pekerjaan Rasulllah SAW:
Mengembala kambing, kemudian berniaga sehingga umur 40 tahun selepas itu menjadi pilihan golongan muslimin dan penutup sekalian nabi.
Saudara susuan:
Daripada Suwaibah:
Abdullah bin Jahsy,
Hamzah bin Abdul Mutalib,
Abu Salamah bin Abdul Asad,
Masruh bin Suwaibah.
Daripada Halimah as-Saadiah:
Abdullah, Anisah dan Huzafah ( al-Syaima' ) iaitu anak-anak al-Haris.
Sifat-sifat Nabi:
Warna wajah baginda: putih kemerahan
Warna rambut: Hitam
Warna mata: kehitaman
Ketinggian: sederhana sesuai dengan tubuh.
Sunday, May 24, 2009
Perkara yang pelik tapi benar
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
kita terasa RM 10 adalah nilai yang besar apabila kita bawa ke masjid tetapi bila bawa ke pusat membeli-belah kita terasa sangat kecil nilainya.
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
kita rasa sangat lama apabila beribadat yang hanya beberapa minit tetapi terasa sangat pantas masa berlalu semasa bermain bola walaupun masa telah berlalu tiga jam atas padang.
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita sangat bersungguh-sungguh dan bersusah payah untuk menghabis satu juzuk al-Quran tetapi dengan lebih mudah kita boleh habiskan antara 200 hingga 300 halaman novel tanpa bersusah payah.
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita menerima dan membenarkan apa yang ada di dalam surat khabar tetapi kita sering tertanya apa yang diperkatakan di dalam al-Quran.
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
kita boleh menerima dan mengikuti setiap perkembangan semasa dalam kehidupan kita tetapi kita jarang-jarang kita menampakkan sunnah nabi kita Muhammad SAW.
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita tidak mampu untuk berfikir dalam apa-apa ketika minta doa tetapi kita tidak berhadapan dengan kesusahan apabila berfikir pada mana-mana perkataan ketika bercakap dengan kawan???
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita rasa terlalu lama menghabiskan masa dua jam di masjid tetapi terasa singkat apabila duduk menonton wayang???
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita berebut untuk duduk di hadapan orang ramai dalam mana-mana permainan atau perhimpunan tetapi berebut untuk duduk di tempat paling belakang dalam masjid.???
PELIKNYAAAAAAAAAAAA………
Kita memerlukan masa yang panjang untuk bersusah payah menghafal satu atau dua al-Quran tetapi dalam masa yang singkat kita boleh hafal lagu-lagu.
Hari ini kita bekerja tanpa dihisab
Esok kita dihisab tanpa bekerja
Oleh itu perbanyakkanlah amalan hari ini untuk dihisab pada hari esok.

Tuesday, May 20, 2008
Monday, May 19, 2008
15 AZAB UNTUK ORANG TINGGAL SEMBAHYANG
LIMA AZAB SEMASA DI DUNIA
1.Dihilangkan keberkatan dari umurnya
2.Dihilangkan tanda orang soleh dari mukanya
3.Semua amalannya tiada mendapat ganjaran
4.Doanya tidak terangkat ke langit
5.Tidak dapat bahagian dari doa orang soleh
TIGA KETIKA HENDAK DICABUT NYAWA
1.Mati dalam keadaan hina
2.Mati dalam keadaan sangat lapar
3.Mati dalam keadaan sangat dahaga seolah-olah jika dicurahkan air tujuh lautan pun tidak puas.
TIGA SEMASA DALAM KUBUR
1.Disempitkan kuburnya sehingga bersilang antara tulang rusuk
2.Dipanggang di atas api siang-malam
3.Temankan ular yang bernama As-Syujak Al-Aqrak, matanya dari api, kukunya dari besi dengan panjangnya sehari perjalanan, katanya kepada mayat: Aku As-Syujak Al-Aqrak, bunyi suaranya umpama guruh bergema, katanya: Aku diperintahkan Tuhanku untuk
memukul kamu sebab terlepas solat subuh hingga terbit matahari
memukul kamu kerana terlepas solat Zuhur hingga ashar
memukul kamu kerana terlepas solat Maghrib hingga Isyak
memukul kamu kerana terlepas solat Isyak hingga Subuh
Setiap satu pukulan ia terbenam dalam bumi tujuh puluh hasta begitulah ia diazab hingga hari kiamat
TIGA AZAB SETELAH BANGKIT DARI KUBUR
1-Dihisab dengan berat,
2-Dimurkai Allah dan
3-Dimasukkan dalam Neraka.
DALAM RIWAYAT LAIN
Tertulis pada dahinya dengan tiga baris
Baris pertama: Wahai Orang yang melepaskan hak Allah
Baris kedua: Wahai orang yang dimurkai Allah
Baris ketiga: sebagaimana kamu menyempitkan hak Allah di dunia maka pada hari ini kamu tidak mendapat rahmat Allah.

LIMA KEMULIAAN ORANG YANG SEMBAHYANG
Dalam hadis Rasulullah SAW:
sesiapa yang memelihara solat lima waktu, Allah akan muliakannya dengan menghilangkan lima perkara:
1.Kesempitan hidup
2.Azab kubur
3.Beri catatan dengan tangan kiri
4.Ia melalui sirat al-Mustaqim secepat kilat
5.Ia masuk Syurga tanpa hisab

Wednesday, December 5, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)