Tuesday, July 22, 2014

Persediaan Menyambut Aidilfitri


Persediaan Menyambut Aidilfitri

Pertama: Bersedia untuk sembahyang dengan kebersihan dan memakai pakaian yang terbaik bagi kita sendiri:
فقد أخرج مالك في موطئه عن نافع : " أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يغتسل يوم الفطر قبل أن يغدو إلى المصلى " وهذا إسناد صحيح . 
Maksudnya:
Bahawa Ibnu Umar RA, beliau mandi pada hari raya sebelum bertolak ke tempat sembahyang.
*Ibnu Umar RA adalah orang yang sangat berpegang dengan sunnah dan beliau mandi hari raya sebelum keluar.

Ada juga riwayat daripada Ibnu Umar RA
وثبت عن ابن عمر رضي الله عنهما أيضاً لبس أحسن الثياب للعيدين . قال ابن حجر : " روى ابن أبي الدنيا والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين ". ( فتح الباري 2/51 ) .
Maksudnya:
Ibnu Umar memakai pakaian yang terbaik untuk dua hari raya. Kata Ibnu Hajar: riwayat Ibnu Dunia dan Baihaqi dengan sanad shahih, bahawa Ibnu Umar memakai pakaian yang terbaik untuk dua hari raya.

Kedua: Sunat sebelum keluar pergi sembahyang pada hari raya: makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil, tiga atau lima atau tujuh atau lebih daripada itu dalam bilangan ganjil.
لحديث أنس رضي الله عنه قال : " كان النبي صلى الله عليه وسلم لا يغدوا يوم الفطر حتى يأكل تمرات ، ويأكلهن وتراً " أخرجه البخاري .
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW tidak pergi keluar pada hari raya sehinggalah baginda makan beberapa kurma dan baginda memakannya dalam bilangan ganjil.

Ketiga: Sunat bertakbir dengan meninggikan suara kecuali wanita, pada hari raya ketika keluar rumah hingga ke tempat sembahyang raya.
لحديث عبدالله بن عمر رضي الله عنهما : " أن رسول الله كان يخرج في العيدين .. رافعاً صوته بالتهليل والتكبير .. " ( صحيح بشواهده ، وانظر الإرواء 3/123)
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar al-Khattab RA katanya, bahawa Rasulullah SAW, baginda keluar dari rumah pada dua hari raya …baginda meninggikan suara bertahlil dan bertakbir…

وعن نافع : " أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى يأتي الإمام ، فيكبر بتكبيره " أخرجه الدارقطني بسند صحيح .
Maksudnya:
Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar pada pagi raya, sama ada raya fitrah atau raya adha, beliau menginggikan suara bertakbir sehingga sampai tempat sembahyang raya kemudian terus bertakbir sehingga datang imam lalu mereka bertakbir dengan takbirnya.

Keempat: Sunat keluar ke tempat sembahyang raya dengan berjalan kaki.
لحديث علي رضي الله عنه قال : " من السنة أن يخرج إلى العيد ماشياً " أخرجه الترمذي ، وهو حسن بشواهده .
Maksudnya:
Daripada Ali bin Abi Talib RA katanya, di antara perkara sunnah adalah keluar ke tempat sembahyang raya dengan berjalan kaki.

Kelima: Sunat pergi sembahyang dan balik darinya dengan jalan yang berbeza agar dapat bertemu dengan ramai orang.
لحديث جابر رضي الله عنه قال : " كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق " أخرجه البخاري .
 Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya, Rasulullah SAW, apabila hari raya baginda berjalan dengan yang berbeza.

Keenam: Sembahyang raya hendaklah dilaksanakan setelah terbit matahari dan ia matahari telah tinggi. Dilakukan tanpa azan dan iqamah. Ianya hanya dua rakaat. Pada rakaat pertama, setelah takbiratul ihram, hendaklah takbir tujuh kali dan rakaat kedua setelah takbir intiqalat, talbir lima kali. Bagi imam sunat membaca dengan nyaring, pada rakaat pertama setelah al-fatihah baca surah al-a'la atau surah Qaf dan pada rakaat kedua setelah fatihah baca surah al-Ghasyiah atau surah al-Qamar. Setelah selesai sembahyang diadakan dua khutbah. Orang-orang perempuan juga sangat digalakkan untuk keluar pergi sembahyang.

Boleh lihat dalam hadis-hadis berikut:
 حديث عائشة رضي الله عنها : " أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان كان يكبر في الفطر والأضحى ؛ في الأولى سبع تكبيرات ، و في الثانية خمساً" أخرجه أبو داود بسند حسن ، وله شواهد كثيرة .
 Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bertakbir pada sembahyang raya fitrah dan adha, pada rakat pertama 7kali dan pada kedua 5 kali.

 و عن النعمان بن بشير رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في الجمعة والعيدين ب (سبح اسم ربك الأعلى ) و ( هل أتاك حديث الغاشية ) أخرجه مسلم . 
 Maksudnya:
Daripada an-Nukman bin Basyir RA katanya, Bahawasanya Rasulullah SAW membaca pada sembahyang jumaat dan dua sembahyang raya. Al-A'la dan al-Ghasyiah.

 و عن عبيدالله بن عبدالله أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه سأل أبا واقد الليثي : ما كان يقرأ به رسول الله صلى الله عليه وسلم في الأضحى والفطر ؟ فقال : " كان يقرأ فيهما ب ( ق والقرآن المجيد ) و ( اقتربت الساعة وانشق القمر ) " أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada Ubaidullah RA katanya bahawa Umar bin al-Khattab RA bertanya kepada Abu Waqid al-Laisi: Apa yang dibaca oleh Rasulullah SAW dalam sembahyang raya adha dan raya fitrah? Lalu ia berkata: Baginda membaca (surah Qaf) dan (Surah al-Qamar)

 وعن أم عطية رضي الله عنها قالت : " أُمرنا أن نَخرجَ ، فنُخرج الحُيَّض والعواتق ، وذوات الخدور ـ أي المرأة التي لم تتزوج ـ فأما الحُيَّض فيشهدن جماعة المسلمين ودعوتهم ، ويعتزلن مصلاهم " أخرجه البخاري ومسلم .
 Maksudnya:
Daripada Ummu Atiyah RA katanya: Kami diperintah agar keluar, lalu kami keluar termasuk yang uzur haid dan anak dara bagi yang haid mereka melihat  orang ramai dan seruan mereka dan mereka menjauhi tempat sembahyang.

 وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : " شهدت صلاة الفطر مع نبي الله و أبي بكر و عمر وعثمان ، فكلهم يصليها قبل الخطبة " أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya: Saya sembahyang bersama Nabi SAW, Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka semua sembahyang sebelum khutbah.

و عن جابر رضي الله عنه قال : " صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم العيدين غير مرة ولا مرتين بغير أذان ولا إقامة " أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya: Saya sembahyang dua raya bersama Nabi SAW bukan sekali dan bukan dua kali, sembahyang dengan tiada azan dan iqamah.

Ketujuh: mendoakan di antara satu sama lain apabila bertemu deangan ucapan (تقبل الله منا ومنك) iaitu semoga-moga Allah menerima amalan daripada kita.
حديث محمد بن زياد قال : كنت مع أبي أمامة الباهلي وغيره من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ، فكانوا إذا رجعوا يقول بعضهم لبعض : ( تقبل الله منا ومنك ) قال أحمد بن حنبل : إسناده جيد " ( الجوهر النقي 3/320 ).
Maksudnya:
Kata Muhammad bin Ziayad: Saya bersama Abu Umamah al-Bahili dan sahabat nabi yang lain. Mereka apabila kembali, mereka mengucapkan semoga Allah menerima dari kami dan kamu.

Kelapan: hari raya adalah hari melahirkan perasaan gembira dan bahagia.
فعن أنس رضي الله عنه قال : قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما ، فقال : " ما هذان اليومان ؟ قالوا : كنا نلعب فيهما في الجاهلية ، فقال رسول اله صلى الله عليه وسلم : إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما : يوم الأضحى ، ويوم الفطر " أخرجه أحمد بسند صحيح .
Maksudnya:
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW tiba di Madinah dan penduduk Madinah ada dua hari untuk mereka berseronok padanya lalu baginda bertanya: Ada apa dengan dua hari ini? Kata mereka penduduk Madina: Kami bermain pada sejak zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda: Allah SWT telah gantikan kedua dengan yang lebih baik iaitu hari raya adha dan hari raya fitrah.

Pastikan setiap orang Islam menghindari daripada terjebak dalam perkara-perkara yang menyalahi syarak seperti: berhias yang melampau, pakai pakaian bagi lelaki dengan menyapu lantai, cukur janggut, dengar muzik yang melalaikan, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, bercampur lelaki dan perempuan, begitu juga para bapa-bapa elakkan daripada bawa keluarga ke tempat yang sia-sia yang menampak perkara-perkara mungkar.

و الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله .

Monday, September 16, 2013

Perbezaan di antara kamu dan Rasulullah SAW


Perbezaan di antara kamu dan Penghulu manusia SAW
‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏
Adakah kamu telah kehilangan salah seorang daripada kedua ibubapa?
Rasulullah SAW hidup dalam keadaan yatim-piatu tanpa ibu bapa.

Adakah kamu telah kematian anak-anak lelaki?
Rasulullah SAW telah kehilangan kesemua anak lelaki.

Adakah kamu pernah dituduh secara terangan?
Rasulullah SAW dituduh secara terangan terhadap isteri baginda Aisyah RA dan Allah telah melepaskan tuduhan tersebut dalam surah (An-Nur:4 – 5)

Adakah kamu termasuk dalam golongan berhutang?
Rasulullah SAW wafat sedangkan ketika itu baju besi baginda masih dalam gadaian pada seorang Yahudi.

Adakah kamu merasa kesempitan kerana tiada makanan suatu hari?
Rumah Rasulullah SAW pernah beberapa bulan tidak berasap

Adakah kerabat kamu pernah diceraikan?
Kedua anak perempuan Rasulullah SAW diceraikan.

Adakah kamu menjadi orang asing di kampung secara suka rela atau terpaksa?
Rasulullah SAW dipulaukan oleh kaumnya.

Adakah kamu pernah mendapat cubaan bunuh secara terang-terangan? 
Rasulullah SAW pernah mendapat cubaan bunuh secara terang-terangan daripada Yahudi dan kafir musyrik, dan yang terakhir baginda diracun sehingga membawa kepada kewafatan baginda.

Adakah kamu pernah diganggu oleh jiran-jiran?
Rasulullah SAW sentiasa diganggu oleh jirannya seorang Yahudi dan baginda melawatnya ketika ia sakit.

Adakah kamu tidak diikuti oleh orang yang kamu sayangi dan ia ikut kata orang yang memusuhi kamu?
Rasulullah tidak diikuti oleh bapa saudaranya Abu Talib dan ia ikut kata Abu Jahal.

Adakah kamu pernah dihina secara terang-terangan oleh seseorang?
Rasulullah SAW dihina oleh kaumnya dan mereka meletakkan najis unta di atas belakang baginda.

Adakah kamu pernah merasa kesempitan rezeki dan dipulau oleh orang-orang disekitar kamu?
Rasulullah Saw dipulau oleh kaumnya di kawasan kediaman selama tiga tahun.

Adakah kamu pernah menanggung pekerjaan yang sangat penting dalam sesuatu urusan?
Rasulullah SAW menanggung urusan yang sangat penting iaitu dakwah dan risalah daripada Allah.

Adakah kamu pernah dibohongi dan ditolak perkataan kamu?
Rasulullah SAW dibohongi kaumnya dan mereka menolak perkataannya.

Adakah kamu pernah merasa sakit gigi?
Rasulullah SAW pernah patah gigi geraham ketika perang Uhud.

Adakah kamu pernah dituduh dengan suatu perkara yang kamu tidak lakukannya?
Rasulullah SAW dituduh dengan melakukan sihir dan orang gila.

Adakah kamu merasa penat kerana beribadat kepada Allah?
Rasulullah SAW mengalami pecah kedua belah tumitnya kerana terlalu lama berdiri dalam sembahyang.

Mungkin ada dikalangan kamu yang mengalami satu daripada kesusahan ini lalu menanggung deritanya... bagaimana pula jika ia menanggung kesemua derita ini? 
Tetapi Rasulullah SAW merasa sangat bahagia kerana mendapat kerehatan dalam ketaatan terhadap Tuhannya.
Baginda bersabda:
يَا بِلَالُ أَقِمْ الصَّلَاةَ أَرِحْنَا بِهَا 
Maksudnya:
Kita telah mendapat kerehatan daripada itu wahai Bilal.

Tuesday, December 11, 2012

SERATUS DOA RASULULLAH SAW


 
SERATUS DOA Nabi
صــــــــلى الله عليه وسلــــــــم

100 دعاء من ادعية النبي صلى الله عليه وسلم





Diterjemah oleh:
Ahmad bin Abdul Rashid bin Omar al-Madani

Alumni:
Universiti Islam Madinah
B. A (hons)
Dakwah dan Usuluddin







بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين.
  Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadirat Allah U Yang Maha Tinggi kerana mengizinkan saya menterjemahkan buku kecil ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu kita mencari keredhaanNya di dunia dan akhirat. Selawat dan salam kepada junjungan kita, penghulu segala Nabi, Muhammad r, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan orang-orang yang mengikuti jejak-langkah mereka dengan baik hingga ke hari Kiamat.
            Pada zaman sekarang ini, buku-buku doa banyak tersebar di tengah masyarakat Islam. Doa-doa itu ada yang berpandu dengan ajaran al-Qur’an, Sunnah, atau yang sebaliknya. Sehinggakan masyarakat awam tidak dapat membeza antara doa yang sejalan dengan ajaran Nabi r atau yang sebaliknya. Sedangkan doa yang dibaca oleh Nabi r adalah yang terbaik, tiada bandingan dan yang patut kita contohinya. Ia bersifat kehambaan dan beradab kepada Allah SWT. Dalam buku ini, anda akan mendapati bahawa doa-doa pada kebanyakkannya tidak bertajuk. Memang saya sengaja tidak meletakkan tajuk-tajuk kerana doa-doa Nabi itu bersifat jawamik (merangkum maknanya).  
            Bagi menyemarakkan lagi kecintaan kepada Rasulullah r dan mengamalkan sunnah baginda, saya terjemahkan buku kecil ini agar ia memberi manfaat kepada kita semua. Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal alamin

Ahmad bin Abdul Rashid bin Omar
Alumni:
Universiti Islam Madinah
B. A (hons)
Dakwah dan Usuluddin
26 Muharram 1434H
10/12/2012










1- Doa Kebaikan Dunia & Akhirat:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ[1]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab apai neraka.

2- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِي بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ[2].
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon denganMu daripada fitnah neraka, azab neraka, fitnah kubur, azab kubur, kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjah. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji, air sejuk dan bersihkanlah hatiku daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran, jauhkanlah diantaraku dan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada kemalasan,

3- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ[3]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kelemahan, kemalasan, berpenyakit ketika tua dan kebakhilan. Dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian.

4- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ[4]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menanggung bala yang berat, sangat sangsara, takdir buruk dan merasa selesa terhadap musuh-musuh.

5- Doa
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.[5]
Maksudnya:
Ya Allah, perelokkanlah agamaku yang ianya pengawal urusan, perelokkanlah duniaku yang daku hidup padanya, perelokkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah dunia ini sebagai tambahan bagiku terhadap semua perkara kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada semua kejahatan.

6-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى[6]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, kehormatan dan kekayaan.

7- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا[7]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwaku, bersihkanlah ia kerana Engkaulah yang sebaik-baik membersihkannya, Engkaulah pemilik dan tuan kepadanya. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas dan doa yang tidak mustajab.

8- Doa
اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ[8]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hidayah dan keteguhan. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu hidayah dan keteguhan.

9- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ[9].
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.

10- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ[10]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan yang daku lakukan dan daripada kejahatan yang tidak daku lakukan.

11- Doa
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku.

Doa ini Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) doakan untuk Anas bin Malik:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ[11]
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah dia harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padanya.

12- Doa ketika kesedihan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ[12]
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Agong, Yang Maha Sopan. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan arasy yang agong. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan arasy yang mulia.

13- Doa ketika menghadapi masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ[13]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata

14- Doa
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ[14]
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.

Lafaz doa Zannun (Nabi Yunus AS.) ketika baginda dalam perut ikan paus iaitu:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.) Ianya tidak didoakan oleh seorang Muslim dalam apa jua keadaan melainkan pasti dimustajabkan oleh Allah kepadanya.

15- Doa menghilangkan kedukaan.
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي[15]
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadap daku. Daku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku

16- Doa keteguhan hati
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ[16]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai yang membolak-balikkan hati, juruskanlah hati kami kepada ketaatanMu.

17- Doa keteguhan hati
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ[17]
Maksudnya:
Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkankanlah hatiku dalam agamaMu.

18- Doa agar afiat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ[18]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan akhirat.

19- Doa
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ[19]
Maksudnya:
Ya Allah, baikkanlah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan akhirat.

20- Doa
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي[20]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, bantulah daku dan janganlah Engkau bantu yang lain ke atasku, menangkanlah daku dan janganlah Engkau menangkan yang lain ke atasku, tumpaskanlah musuhku dan jangan Engkau berikan musuhku menumpaskanku, pimpinkanlah daku, mudahkanlah pimpinan itu untukku bantulah daku terhadap orang yang membuat penganiayaan ke atas diriku. Wahai Tuhanku, jadikan daku sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa zikir kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa khusyuk dan tawadhuk, kepadaMu merendah diri dalam bertaubat. Wahai Tuhanku, Engkau terimah taubatku, bersihkan kesalahanku, terimalah permintaanku, teguhkanlah hujjahku terhadap musuhMu, berilah hidayah pada hatiku, luruskan lidahku, dan lucutkanlah dendam daripada hatiku.  

21- kesemua doa nabi (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ[21]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripadaMu kebaikan yang dimohon oleh nabiMu dan kami berlindung daripadaMu apa yang dipohon berlindung oleh nabiMu. Engkaulah tempat memohon pertolongan, Engkaulah yang menyampaikan. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

22- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي[22]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan pendengaranku, daripada kejahatan penglihatanku, daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan maniku.

23- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئْ الْأَسْقَامِ[23]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit yang keji.

24- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ[24]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kemungkaran akhlak-akhlak, amalan-amalan dan hawa nafsu.

25- Doa
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي[25]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Mulia, Engkau sukaan kemaafan oleh itu maafkanlah daku

26- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ[26]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu perbuatan baik, meninggalkan kemungkaran, cintakan orang miskin, keampunanMu untukku, rahmatilah daku, apabila Engkau mendatangkan fitnah terhadap suatu kaum maka Engkau matikanlah daku dengan tiada fitnah, daku memohonMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu.

27- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا[27]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan kesemuanya sama ada cepat atau lambat. Yang daku tahu dan tidak tahu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan yang diminta oleh hamba dan nabiMu. Daku berlindung denganMu dari kejahatan yang diminta berlindung oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu syurga, apa yang mendekatkannya daripada perkataan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya daripada perkataan atau amalan. Daku memohonMu agar Engkau jadikan semua qadak yang Engkau tentukan bagiku adalah yang baik.

28- Doa
اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا حَاسِدًا، وَاللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ[28]
Maksudnya:
Ya Allah, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan berdiri, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan duduk, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan baring dan jangan Engkau gembirakan musuhku yang hasad terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu semua kebaikan yang di dalam kekuasaanMu dan daku berlindung denganMu daripada semua keburukkan yang di dalam kekuasaanMu.

29- Doa
اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ إِلَى جَنَّتِكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمْنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا[29] 
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami, kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini kemuncak yang ditentukan oleh kami dan segala yang dicari dalam pengetahuan kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.

30-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.[30]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, daku berlindung denganMu daripada bersifat kebakhilan, daku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), daku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur

31- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي، وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي هَزْلِي وَجِدِّي، وَخَطَايَايَ وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي[31]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku terhadap kesalahan-kesalahanku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam semua urusanku serta apa yang Engkau lebih mengetahuainya daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah daku, kegurauanku, kesungguhanku, kesilapan-kesilapanku, kesangajaanku, dan semua itu yang ada padaku.

32- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.[32]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku menzalim diri dengan kezaliman yang banyak dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau dari itu ampunkanlah bagiku dengan keampunan daripada sisiMu. Kasihanilah daku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

33- Doa
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْ تُضِلَّنِي، أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالْإِنْسُ يَمُوتُونَ[33].
Maksudnya:
Ya Allah! UntukMu aku menyerah, denganMu aku aku beriman, kepadaMu aku sentiasa bertawakal, kepadaMu aku kembali bertaubat, denganMu aku berhujah. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keagonganMu, tiada Tuhan melainkan Engkau daripada Engkau sesatkan daku, Engkau Maha Hidup yang tiada mati manakala jin dan manusia akan mati.

34- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالْنَّجَاةَ مِنَ الْنَّارِ[34]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu agar mendapat rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan dengan Syurga dan terselamat dari neraka.

35- Doa
اللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْسِعَ رِزْقِكَ عَلَيَّ عِنْدَ كِبَرِ سِنِّي، وَانْقِطَاعَ عُمُرِي[35]
Maksudnya:
Ya Allah, luaskanlah rezekiMu kepadaku ketika daku tua dan ketika terputus umurku.

36- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي وَبَارِكْ لِي فِي  رِزْقِي[36]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, luaskanlah rumahku dan berikanlah keberkatan pada rezekiku.

37- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لا يَمْلِكُهَا إِلا أَنْتَ[37]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu kelebihanMu dan rahmatMu kerana tiada yang memilikinya melainkan Engkau.

38- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ التَّرَدِّي وَالْهَدْمِ وَالْغَرَقِ وَالْحَرِيقِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا[38]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ditimpa keruntuhan, daku berlindung denganMu daripada mala petaka kejatuhan, daku berlindung denganMu daripada tengelam dan kebakaran. Daku berlindung denganMu dari dikucar-kacirkan syaitan ketika menghadapi kematian, daku berlindung denganMu agar tidak mati pada jalanMu dalam keadaan membelakangkanMu dan daku berlindung denganMu agar  tidak mati terkena sengat patukan

39- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُوعِ، فَإِنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيعُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ[39]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan tidur dan daku berlindung denganMu daripada khianat kerana ia seburuk-buruk kelakuan.

40- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ وَالْقَسْوَةِ، وَالْغَفْلَةِ، وَالْعِيلَةَ وَالذِّلَّةَ وَالْمَسْكَنَةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْكُفْرِ، وَالْفُسُوقِ، وَالشِّقَاقِ، وَالنِّفَاقِ وَالسُّمْعَةِ، وَالرِّيَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الصَّمَمِ وَالْبَكَمِ وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَالْبَرَصِ، وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ[40]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua, bersikap kasar, cuai, hina, dan hidup melarat kerana kefakiran. Daku berlindung denganMu daripada kefakiran, kekafiran, kefasikan, bersikap memecah-belah, berpura-pura, ingin diketahui (sum'ah) dan menunjuk-nunjuk. Daku juga berlindung denganMu daripada pekak, bisu, gila, penyakit sopak, kusta dan penyakit yang keji. 

41- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ، وَالْقِلَّةِ، وَالذِّلَّةِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ[41]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kefakiran, kekurangan, kehinaan, dan daku berlindung denganMu daripada menzalimi atau dizalimi.

42- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ، فَإِنَّ جَارَ الْبَادِيَةِ يَتَحَوَّلُ[42]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada jiran yang jahat di rumah yang didirikan kerana jiran orang-orang badwi sentiasa berpindah.

43- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ  لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَؤُلَاءِ الأَرْبَعِ[43]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengari, daripada jiwa yang tidak puas, dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daku berlindung denganMu daripada empat perkara itu.

44- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ[44]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada hari buruk, daripada malam yang buruk, daripada masa yang buruk, daripada sahabat yang buruk dan daripada jiran yang buruk pada rumah yang dirikan.

45-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَسْتَجِيْرُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya:
Ya Allah sesungguhnya daku memohonMu Syurga dan daku meminta denganMu menjauhi neraka. Baca tiga kali.

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ[45]
Maksudnya:
Lafaz Nasa'i: Sesiapa meminta Allah Syurga (3kali), maka kata Syurga: (اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الجَنَّةَ) Ya Allah masukkanlah ia Syurga, sesiapa yang minta dijauhkan dari neraka (3kali) maka kata neraka:
 (اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ) Ya Allah, jauhkanlah ia daripada neraka.

46- Doa
اللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّينِ[46]
Maksudnya:
Ya Allah, fahamkanlah daku dalam urusan agama.

47- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ[47]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menyekutukan denganMu dalam keadaan daku mengetahuinya dan daku memohon keampunanMu tentang apa yang daku tidak tahu.

48-Doa
اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي، وَزِدْنِي عِلْمًا [48]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku manfaat dengan apa yang Engkau ajar padaku, ajarkanlah daku apa yang mendatangkan padaku dan tambahkanlah ilmu.

49-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا[49]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

 50-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ[50]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu ya Allah bahawa sesungguhnya Engkaulah yang Tunggal, yang Esa, tempat pergantungan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang sekutu denganMu, agar Engkau ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Pengasihani.

51- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، ياَ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ،  ياَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمَ، إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ[51]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kerana bagiMu kepujian, Tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Tunggal lagi tiada sekutu bagiMu, Yang Maha Memberi, wahai yang mencipta langit dan bumi tanpa contoh, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, wahai yang maha Hidup wahai yang Maha Kekal. Sesungguhnya daku memohonMu syurga dan daku berlindung denganMu daripada neraka.

52- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ[52]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu dengan menyaksikan bahawa daku bersaksi Engkaulah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Tunggal, Pelindung yang tiada beranak lagi tiada diperanakan dan tiada sesuatu pun yang menyamaiNya.

53- Doa
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ[53]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan terimalah taubat ke atasku kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.

54- Doa
اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ، وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ، أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي، اللَّهُمَّ وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى، وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ[54]
Maksudnya:
Ya Allah dengan ilmuMu terhadap perkara ghaib, kekuasaanMu atas makhluk, hidupkanku apabila Engkau mengetahui bahawa hidup lebih baik untukku dan matikanku apabila Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, daku memohonMu ketakutan terhadapMu dalam keadaan ghaib dan nyata. Daku memohonMu perkataan yang benar dalam redha dan marah. Ya Allah, daku memohonMu sederhana dalam kefakiran dan kekayaan. Ya Allah daku memohonMu kenikmatan yang tidak berkesudahan, daku memohonMu penyejuk mata memandang (kebahagiaan) yang tidak putus, daku memohonMu keredhaan setelah ditakdirkan, daku memohonMu kehidupan yang selesa setelah kematian, daku memohonMu keseronokkan yang amat sangat apabila memandang wajahMu, merindui untuk bertemu denganMu dengan tiada mudharat dan dimudharatkan  (tidak dapat bersabar dengan mudharat itu) dan tiada fitnah yang menyesatkan. Ya Allah hiaskanlah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami mendapat hidayah di kalangan orang-orang yang mendapat hidayah.

55- Doa
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يَنْفَعُنِي حُبُّهُ عِنْدَكَ، اللَّهُمَّ مَا رَزَقْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ قُوَّةً لِي فِيمَا تُحِبُّ، اللَّهُمَّ وَمَا زَوَيْتَ عَنِّي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ فَرَاغًا لِي فِيمَا تُحِبُّ.[55]
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah daku cintaMu dan mencintai orang yang daku dapat mencintaiMu. Ya Allah kurniakanlah apa-apa yang daku cinta lalu jadikanlah ia kekuatan untuk daku cinta terhadap cintaMu. Ya Allah, apa yang Engkau tidak setuju daripadaku terhadap apa yang daku sukai, jadikanlah ia sebagai kesudahan pada apa yang Engkau sukai.
 
56- Doa
اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي مِنْ الذُّنُوبِ وَالْخَطَايَا، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْهَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ[56]
Maksudnya:
Ya Allah, bersihkanlah daku dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Ya Allah, bersihkanlah daku daripadanya sebagaimana ianya membersihkan baju putih dari kotoran. Ya Allah, bersihkanlah daku dengan salji, sejuk dan air sejuk.

57- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَسُوءِ الْعُمُرِ وَفِتْنَةِ الصَّدْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ[57]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kebakhilan, pengecut, kesudahan yang buruk, fitnah dada (mati tidak bertaubat) dan azab kubur.

58- Doa 
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَرَبَّ إِسْرَافِيلَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ حَرِّ النَّارِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ[58]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Tuhan Israfil. Daku berlindung denganMu daripada kepanasan neraka dan azab kubur.

59- Doa:
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي, وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي[59]
Maksudnya:
Ya Allah, ilhamkanlah padaku petunjukku dan lindungkanlah daku daripada kejahatan diriku sendiri.

60- Doa 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ[60]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat dan daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

61- Doa
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ[61]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan langit-langit, Tuhan bumi, Tuhan arasy yang agung. Wahai Tuhan kami, Tuhan bagi semua sesuatu, yang menumbuhkan biji-bijian, yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Furqan. Daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan semua sesuatu yang Engkaulah penguasanya. Ya Allah, Engkaulah yang awal tiada sesuatu yang sebelumMu. Engkaulah Yang terakhir tiada selepasMu sesuatu. Engkaulah Yang  Zahir tiada sesuatu yang mengatasiMu. Engkaulah yang batin tiada selainMu sesuatu. Engkau lunaskanlah hutang kami dan cukup serta hindarkanlah kami daripada kefakiran.

62- Doa
اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ قَابِلِينَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا[62]
Maksudnya:
Ya Allah, jinakkanlah di antara hati-hati kami, perbaikilah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, halangilah kami daripada melakukan dosa-dosa yang nyata dan tersembunyi, berkatikanlah pendengaran, penglihatan, hati-hati, isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami tergolong daripada golongan orang-orang yang bersyukur dengan nikmatMu, golongan yang memuji dengannya, menerimanya dan menyempurnakannya ke atas kami.

63- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَسْأَلَةِ، وَخَيْرَ الدُّعَاءِ، وَخَيْرَ النَّجَاحِ، وَخَيْرَ الْعَمَلِ، وَخَيْرَ الثَّوَابِ، وَخَيْرَ الْحَيَاةِ، وَخَيْرَ الْمَمَاتِ، وَثَبِّتْنِي، وَثَقِّلْ مَوَازِينِي، وَحَقِّقْ إِيمَانِي وَارْفَعْ دَرَجَاتِي وَتَقَبَّلْ صَلاتِي وَاغْفِرْ خَطِيئَتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَوَاتِحَ الْخَيْرِ، وَخَوَاتِمَهُ، وَجَوَامِعَهُ، وَأَوَّلَهُ، وَظَاهِرَهُ، وَبَاطِنَهُ، وَالدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا آتِي، وَخَيْرَ مَا أَفْعَل، وَخَيْرَ مَا أَعْمَل، وَخَيْرَ مَا بَطَن، وَخَيْرَ مَا ظَهَر، والدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْفَعَ ذِكْرِي، وَتَضَعَ وِزْرِي، وَتُصْلِحَ أَمْرِي، وَتُطَهِّر قَلْبِي، وَتُحَصِّن فَرْجِي، وَتُنَوِّر قَلْبِي، وَتَغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تُبَارِكَ فِي نَفْسِي ، وَفِي سَمْعِي وَفِي بَصَرِي وَفِي رُوحِي وَفِي خُلُقِي ، وفي خَلْقِي، وَأَهْلِي وَفِي مَحْيَايَ وَفِي مَمَاتِي ، وَفِي عَمَلِي، فَتَقَبَّلْ حَسَنَاتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِينَ.[63]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik pekerjaan, sebaik-baik ganjaran pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, teguhkanlah daku, beratkanlah timbanganku, benarkanlah imanku, angkatkanlah darjatku, terimalah sembahyangku, ampunkanlah kesalahanku dan daku memohon darjat yang tertinggi daripada syurga. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kunci-kunci kebaikan, penutup-penutupnya, himpunan-himpunannya, awal, zahirnya, batinnya, dan darjat yang tinggi daripada syurga, mustajabkan doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu sebaik-baik apa yang datang kepadaku, sebaik-baik apa yang daku lakukan, sebaik-baik apa daku kerjakan, sebaik-baik apa yang daku sembunyikan, sebaik-baik apa yang daku nyatakan dan darjat yang tertinggi daripada syurga, mustajabkanlah doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu agar Engkau meninggikan ingatanku, meletakkan tanggungjawabku, membaiki urusanku, membersihkan hatiku, memelihara kemaluanku, menyinari hatiku, mengampun dosaku, dan daku memohon kedudukan yang tinggi di antara syurga. Mustajabkan doaku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu agar Engkau memberkati dalam diriku, dalam pendengaranku, penglihatanku, rohku, akhlakku, ciptaanku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, pekerjaanku, terimalah keabjikanku, dan daku memohon darjat yang tertinggi daripada syurga. Mustajabkanlah doaku.

64- Doa
اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاقِ، وَالأَهْوَاءِ، وَالأَعْمَالِ، وَالأدْوَاءِ[64]
Maksudnya:
Ya Allah, elakkanlah daku daripada kerosakkan akhlak, hawa nafsu, amalan-amalan dan penyakit-penyakit.

65- Doa
اللَّهُمَّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيهِ ، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي بِخَيْرٍ[65]
Maksudnya:
Ya Allah redhakanlah daku apa yang Engkau berikan rezeki padaku dan berikanlah keberkatan padanya. Berikanlah gantian yang lebih baik kepadaku semua yang hilang daripadaku.

66- Doa
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا[66]
Maksudnya:
Ya Allah, hisabkan daku dengan yang dimudahkan (diberi kemaafan setelah dihisab).

67- Doa
اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى شُكْرِكَ وَذِكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ[67]
Maksudnya:
Ya Allah, bantulah kami dalam menyukuriMu, mengingatiMu dan melakukan sebaik-baik ibadat kepadaMu.

68- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ[68]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mohon padaMu keimanan yang tidak berkurang, nikmat yang tidak hilang dan menemani Nabi sallahu alai wasallam dalam syurga tertinggi yang kekal selamanya.

69- Doa
اللَّهُمَّ قِنِي شَرَّ نَفْسِي، وَاعْزِمْ لِي عَلَى أَرْشَدِ أَمْرِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَخْطَأْتُ، وَمَا عَمَدْتُ، وَمَا عَلِمْتُ، وَمَا جَهِلْتُ[69].
Maksudnya:
Ya Allah, jauhkanlah daku kejahatan diriku dan berikanlah keazaman untukku dalam petunjuk urusanku. Ya Allah, ampunkanlah apa yang daku sembunyikan, apa yang daku nyatakan, apa yang daku tersalah, apa yang daku sengajakan, apa yang daku tahu, dan apa yang daku tidak tahu.

70- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الْعَدُوِّ, وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ[70]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada dikuasai hutang, dikalahkan oleh musuh dan mendapat kegembiraan pihak musuh (apabila ditimpakan musibah).

71-Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي، وَعَافِنِي، أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ[71]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah daku, hidayahkanlah daku, rezekikanlah daku, dan sihatkanlah daku. Daku  berlindung dengan Allah daripada kesempitan kedudukan pada hari kiamat.

72-Doa
اللَّهُمَّ مَتِّعْنِي بِسَمْعِي، وَبَصَرِي، وَاجْعَلْهُمَا الْوَارِثَ مِنِّي، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ يَظْلِمُنِي، وَخُذْ مِنْهُ بِثَأْرِي.[72]
Maksudnya:
Ya Allah, nikmatikanlah daku dengan pendengaranku dan penglihatanku. Jadikan kedua ini penggantiku, bantulah daku terhadap orang yang menzalimiku dan ambillah daripadanya dengan perasaan pembalasanku

73- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِّيَّةً، وَمِيتَةً سَوِيَّةً، وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍ، وَلاَ فَاضِحٍ[73]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kehidupan yang suci lagi bersih, kematian yang benar-benar dalam keIslaman dengan sebab yang tidak menampakan keaiban dan tidak memalukan.

74- Doa
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ اللَّهُمَّ لَا قَابِضَ لِمَا بَسَطْتَ وَلَا بَاسِطَ لِمَا قَبَضْتَ وَلَا هَادِيَ لِمَا أَضْلَلْتَ وَلَا مُضِلَّ لِمَنْ هَدَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُقَرِّبَ لِمَا بَاعَدْتَ وَلَا مُبَاعِدَ لِمَا قَرَّبْتَ اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيمَ الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ يَوْمَ الْعَيْلَةِ وَالْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَشَرِّ مَا مَنَعْتَنَا اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنْ الرَّاشِدِينَ اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ غَيْرَ خَزَايَا وَلَا مَفْتُونِينَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَهَ الْحَقِّ [آمين][74]
Maksudnya:
Ya Allah, untukMu segala puji-pujian kesemuanya. Ya Allah, tiada yang menahan apa yang Engkau lepaskan dan tiada yang melepaskan apa yang Engkau tahan, tiada yang boleh memberi hidayah orang yang Engkau sesatkan dan tiada yang boleh menyesatkan orang yang berikan hidayah, tiada yang boleh memberi orang yang Engkau haling dan tiada yang boleh menghalang orang yang Engkau berikan, tiada yang boleh mendekat orang yang Engkau jauhkan dan yang boleh menjauhkan orang yang Engkau dekatkan. Ya Allah, mudahkanlah ke atas kami daripada keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu nikmat yang berkekalan, yang tidak hilang dan berterusan. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu dari keburukan yang Engkau berikan kepada kami dan dari keburukan yang Engkau larang terhadap kami. Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada iman, hiasankanlah ia dalam hati kami dan jadikanlah kami benci terhadap perkara kekufuran, kefasikan serta maksiat dan jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Islam, hidupkanlah kami dalam keadaan Islam, turutkanlah kami mengikut jejak langkah orang-orang sholeh dengan tiada cubaan dan fitnah. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan rasul-rasulMu dan mereka yang menghalang kepada jalanMu dan letakkan ke atas mereka bala bencanaMu dan azabMu. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang diberikan kitab, sesunggunhnya Engkau Tuhan Yang sebenar.

75- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي[75]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah daku, kasihanilah daku, berikanlah daku hidayah, sihatkanlah daku dan kurniakanlah daku rezeki.

76-Doa
اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا[76]
Maksudnya:
Ya Allah, tambahkanlah untuk kami dan jangan Engkau kurangkannya, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, kurniakanlah kami dan jangan Engkau  haramkan kami, utamakanlah kami dan jangan diutamakan ke atas kami dan jadikanlah kami redha dan terimalah kerdhaan daripada kami.

77-Doa
اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي[77]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkau telah mencantikan ciptaanku maka baikanlah akhlakku.

78- Doa
 اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِي وَاجْعَلْنِي هَادِيًا مَهْدِيًّا[78]
Maksudnya:
Ya Allah, teguhkanlah daku dan jadikanlah daku orang yang dapat memberi hidayah dan mendapat hidayah.

79- Doa
 اللَّهُمَّ آتِنِيَّ الْحِكْمَةَ الَّتِي مَنْ أُوْتِيَهَا فَقَدْ أُوْتِيَ خَيْراً كَثِيْراً[79]
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hikmah yang diberikan Engkua padanya maka ia diberikan kebaikan yang banyak.

80- Doa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي وَخَطَئِي وَعَمْدِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ[80]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku terhadap kesalahan-kesalahanku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam semua urusanku serta apa yang Engkau lebih mengetahuainya daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah terhadap kesungguhanku, gurauanku, kesalahanku, kesengajaanku dan yang kesemuanya daripadaku. Ya Allah! Ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang dilakukan secara tersembunyi dan yang secara terang-terangan. Engkaulah Yang Terdahulu, Engkaulah Yang Terkemudian dan Engkaulah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

81-Doa
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ[81]
Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah daku dengan kehalalanMu daripada pengharamanMu dan jadikanlah daku tidak bergantung kepada yang lain dengan kelebihanMu selain daripadaMu.

82- Doa agar cintakan Allah lebih dari segala-galanya
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ[82]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang menyampaikanku kepada cintakanMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih daku cintai kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

83- Doa
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, apabila Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bangun malam dan bertahajjud baginda membaca:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ[83]

Maksudnya:
Ya Allah! BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah yang mengurus langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, bagiMu kerajaan langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi serta segala yang terkandung padanya. BagiMu segala puji-pujian, Engkaulah Pemilik langit dan bumi. BagiMu segala puji-pujian. Engkaulah yang benar, janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, perkataanMu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar, Muhammad shallahu alaihi wasallam itu benar, dan kiamat itu benar. Ya Allah! UntukMu aku menyerah, denganMu aku aku beriman, kepadaMu aku sentiasa bertawakal, kepadaMu aku kembali bertaubat, denganMu aku berhujah dan kepadaMu aku menghukum. Ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, sama ada yang aku lakukan secara tersembunyi atau secara terangan. Engkaulah Yang Terdahulu tanpa ada permulaan dan Engkaulah Yang Terkemudian yang tiada kesudahan. Tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Engkau.

84-Doa waktu pagi, petang dan ketika berbaring untuk tidur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Abu Bakar assiddiq RA berkata kepada Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Wahai Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  ajarkanlah sesuatu kepada hamba supaya hamba bacanya pada waktu pagi dan petang lalu baginda menyuruh membaca doa ini:
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ[84]
Maksudnya:
Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Yang Mencipta langit dan bumi, Tuhan kepada semua benda dan memilikinya. Daku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Engkau. Daku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan sekutunya. (dibaca juga pada ketika berbaring).

85- Doa
اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ[85]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkau jauhilah daku daripada azabMu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu.

86- Doa
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Apabila di kalangan kamu ke tempat tidur, hendaklah ia mengebas-ngebas salimut kerana ia tidak tahu apa yang ada di sebaliknya kemudian ia membaca:
بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ[86]
Maksudnya:
Dengan namaMu wahai Tuhanku, daku merebahkan diri dan denganMu daku bangun, sekiranya Engkau menahan jiwa maka kasihan padanya dan sekiranya Engkau melepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang sholeh.

87-Doa
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ[87]
Maksudnya:
Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Tersendiri dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.

88- Jampi sakit
Apabila terdapat kesakitan pada badan, letakan tangan pada tempat sakit tersebut dan bacakan:
بِاسْمِ اللَّهِ (3kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِر(7kali)[88]
Maksudnya:
Dengan nama Allah (3kali) aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang ada dan kejahatan yang daku berwaspada.

89-Jampi
Daripada Anas bin Malik RA katanya kepada Sabit RA apakah kamu berjampi dengan jampi Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)? Kata Sabit: Ya. Kata Anas RA:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا[89]
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan kepada manusia, Yang Menghapus kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah Penyembuh tiada yang menyembuhkan melainkan Engkau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.   

90-Jampi
Daripada Ibnu Abbas RA katanya bahawa Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Sesiapa yang melawat pesakit yang belum habis nyawa, hendaklah ia membaca tujuh kali:
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ[90]
Maksudnya:
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agong, Tuhan kepada Arasy yang agong agar menyembuhkan kamu. (Melainkan disembuhkan pesakit tersebut).

91- Jampi
Daripada Abu Said RA katanya Jibril telah datang kepada Nabi (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  lalu.
Jibril: Wahai Muhammad, kamu mengadu?
Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Ya.
Jibril: bacalah:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ[91]
Maksudnya:
Dengan nama Allah, aku jampimu daripada semua perkara yang mengganggumu daripada semua kejahatan jiwa, atau aura mata, atau hasad, Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku menjampimu.

  92-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ[92]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan yang daku kerjakan dan daripada kejahatan yang tidak daku kerjakan.

93- Doa Sembahyang Istikharah (Bagi orang ingin membuat pilihan yang terbaik):
Apabila seseorang itu mementingkan sesuatu urusan, hendaklah ia menunaikan sembahyang sunat dua rakaat yang lain daripada sembahyang fardhu kemudian membaca:
للَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي - أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ - فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي - أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ - فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ أَرْضِنِي[93]

Maksudnya:

Ya Allah, daku memohon petunjukMu dengan ilmuMu, daku memohon ketentuan dariMu dengan kekuasaanMu, daku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan daku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui sedangkan daku tidak mengetahui dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahaya urusan ini.( sebutkan hajat )… adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan  seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ( sebutkan hajat)… mendatang keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah daku dengannya.

93- Doa ketika ditimpa musibah:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "[94]
Maksudnya:
Daripada Ummu Salamah katanya, saya mendengar Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Tiada seorang Muslim pun yang terkena musibah lalu ia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا،
Maksudnya:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Ya Allah, berikan daku ganjaran daripada musibahku dan berikan daku gantian yang lebih baik daripadanya. (Melainkan Allah memberikan gantian yang lebih baik daripadanya).

94- Doa dalam sembahyang jenazah:
اللهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ[95]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah dia, kasihanilah dia,  selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat singgahnya, luaskanlah tempat masuknya, basuhkanlah dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli yang lebih baik dari ahlinya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah ia dalam syurga dan jauhilah ia daripada azab kubur- atau dari azab neraka.

95- Doa dalam sembahyang jenazah:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا، وَمَيِّتِنَا، وَصَغِيرِنَا، وَكَبِيرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا، وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ، اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ[96]
Maksudnya:
Ya Allah, ampunkanlah orang yang hidup dikalangan kami, orang yang mati dikalangan kami, kanak-kanak di kalangan kami, orang dewasa dikalangan kami, lelaki dikalangan kami, wanita dikalangan kami, yang ada bersama kami dan yang tiada bersama kami. Ya Allah, Engkau hidupkannya dikalangan kami, hidupkanlah ia dengan iman, Engkau matikannya dari kalangan kami, matikanlah ia dalam Islam. Ya Allah, janganlah Engkau halang kami terhadap ganjarannya dan jangan Engkau sesatkan kami selepasnya.

96-Doa dalam sembahyang jenazah:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّهَا، وَأَنْتَ خَلَقْتَهَا، وَأَنْتَ هَدَيْتَهَا لِلْإِسْلَامِ، وَأَنْتَ قَبَضْتَ رُوحَهَا، وَأَنْتَ أَعْلَمُ بِسِرِّهَا وَعَلَانِيَتِهَا، جِئْنَاكَ شُفَعَاءَ فَاغْفِرْ لَهُ[97]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkaulah menciptanya, Engkaulah yang memberi hidayah Islam kepadanya, Engkaulah yang menggengam rohnya, dan Engkaulah yang tahu rahsia dan kenyataannya oleh itu kami datang kepadaMu untuk memohon syafaat baginya, ampunkanlah baginya.

97- Doa kerana takut terhadap suatu kaum
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ[98]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau dalam korban mereka dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka.

98- Doa agar mudah tidur
Diriwayatkan bahawa Khalid bin al-Walid mengadu kepada Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  kerana kesukaran tidur lalu baginda bersabda: apabila kamu berbaring di tempat tidurmu, kamu bacalah:
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ، وَرَبَّ الأَرَضِينَ وَمَا أَقَلَّتْ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّ خَلْقِكَ كُلِّهِمْ جَمِيعًا أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ أَنْ يَبْغِيَ، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ[99]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan pemilik tujuh langit dan apa yang di bawah naungannya, Tuhan pemilik bumi-bumi dan apa yang terkandung di dalamnya, Tuhan pemilik syaitan-syaitan dan apa yang disesatkannya, dekati serta peliharalah  daku daripada keburukan makhluk ciptaanMu kesemuanya sekali agar ia mengabaikan daku atau agar ia menzalimi daku daripada satu daripada mereka, muliakan yang berhampiranMu, agungnya pujianMu, tiada Tuhan selainMu dan tiada tuhan melainkam Engkau.

99- Doa
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ يَسَارِي نُورًا، وَفَوْقِي نُورًا، وَتَحْتِي نُورًا، وَأَمَامِي نُورًا، وَخَلْفِي نُورًا، وَاجْعَلْ لِي نُورًا[100]
Maksudnya:
Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam penglihatanku cahaya, dalam pendengaranku cahaya, dari kananku cahaya, dari kiriku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari hadapanku cahaya, dari belakangku cahaya dan jadikanlah daku bercahaya.
Ada dalam sesetengah riwayat tambahan (وَفِي لِسَانِي نُوْراً) dan dari lidahku cahaya.

100- Doa
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ[101]
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau menciptakanku dan daku adalah hambaMu, daku dalam janjiMu dan janjiMu tidakku mampu. Daku berlindung denganMu daripada kejahatan yangku lakukan, daku akui padaMu nikmatMu kepadaku, daku akui padaMu dosaku oleh itu ampunkanlah daku kerana tiada yang dapat memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan Engkau.

Wahai saudaraku yang dikasihi oleh Allah….
Perhatikan hadis-hadis dibawah ini:
Sabda Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا»[102]
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya bahawa Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  bersabda: Sesiapa yang mengajak kepada hidayah maka baginya ganjaran pahala seperti ganjaran pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi ganjaran orang yang mengikutinya sedikit pun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa-dosa orang yang mengikutinya sedikit pun.

Sabda Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):
عَنْ سَهْلِ بن سَعْدٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الدَّالُّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ"[103] .
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa'd katanya, Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda: Menunjukkan kepada kebaikan seperti melakukannya.

Oleh itu cuba gambarkan, berapa banyak ganjaran pahala yang anda lakukan sepanjang hari dan sepanjang malam sedangkan anda ketika itu dalam keadaan tidur nyenyak….

Manakala satu kebaikan dibalas oleh Allah sepuluh kali ganda...

Sabda Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ....[104]
Maksudnya:

 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Sabda Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Semua amalan yang dilakukan oleh anak Adam diganda 10 kali ganda hingga ke 700 kali ganda….

Oleh itu jangan memandang remeh-temeh terhadap perkara yang mudah dengan melengah-lengahkannya, sedangkan ia tidak dipertanggungjawabkan terhadap anda…

Peliharalah agar ianya tidak terhenti kebaikan ini di sisi kamu sehinggakan anda dalam keadaan tidur sekalipun masih mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana berkongsi dalam perkara yang bermanfaat ini.

Saya mohon kepada Allah agar amalan yang dilakukan ini ikhlas kerana Allah semata-mata dan agar ia dapat memberi manfaat dengan apa yang kita lakukan.

Terimalah keistimewaan ini…
Semoga anda dalam pemeliharaan Allah dan dalam lindunganNya

Saudaramu,
Khadhar shabh.

Terjemahan:
Ibnu Omar al-Madani
Ahmad bin Abdul Rashid

Alumni:
Universiti Islam Madinah
B.A. Fakulti Dakwah dan Usuluddin

Sila sebarkan dan sertakan tempat ambilannya agar jadi orang yang amanah dalam menyebarkan ilmu. Tidak diizinkan untuk tujuan sebarang perniagaan.


[1]  [متفق عليه]
[2] [متفق عليه]
[3] [متفق عليه]
[4] متفق عليه
[5]رواه مسلم
[6] رواه مسلم
[7] رواه مسلم
[8] رواه مسلم
[9] رواه مسلم
[10] رواه مسلم
[11] متفق عليه
[12] متفق عليه
[13]رواه أبو داود ، وأحمد وحسنه الألباني وغيره 
[14] رواه الترمذي والحاكم وصححه ووافقه الذهبي

[15] رواه أحمد والحاكم وحسنه الحافظ في تخريج الأذكار، وصححه الألباني
[16] رواه مسلم
[17] [رواه الترمذي وأحمد والحاكم وصححه ووافقه الذهبي.]  Kata Ummu Salamah RA: Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)  banyak berdoa dengannya.
[18]  رواه الترمذي ولفظه 'سلو الله العافية في الدنيا والآخرة   
[19] رواه أحمد والطبراني في الكبير، قال الحافظ الهيثمي في مجمع الزوائد رجال أحمد وأحد أسانيد الطبراني ثقات 
[20] رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه والحاكم وصححه ووافقه الذهبي 
[21]رواه الترمذي وابن ماجه بمعناه  
[22]رواه أبو داود والترمذي والنسائي  
[23]   رواه أبو داود والنسائي وأحمد والترمذى  
[24]الترمذي وابن حبان، والحاكم، والطبراني  
[25] رواه الترمذي 
[26] رواه أحمد بلفظه والترمذي بنحوه والحاكم وحسنه الترمذي وقال سألت محمد بن إسماعيل - يعني البخاري - فقال: هذا حديث حسن صحيح. وفي آخر الحديث قال صلى الله عليه وسلم: 'إنها حق فادرسوها وتعلموها
[27] رواه ابن ماجه وأحمد والحاكم 
[28] رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي، وانظر صحيح الجامع 2/398 والأحاديث الصحيحة 4/54 برقم 1540
[29] رواه الترمذي والحاكم وصححه ووافقه الذهبي، وابن السني
[30] رواه البخاري مع الفتح 
[31]رواه البخاري مع الفتح
[32] متفق عليه
[33] متفق عليه
[34] رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي
[35] رواه الحاكم وانظر صحيح الجامع 1/396 والأحاديث الصحيحة رقم 1539
[36] رواه أحمد وانظر صحيح الجامع 1/ 399
[37] أخرجه الطبراني. وقال الهيثمي في مجمع الزوائد 10/159: رجاله رجال الصحيح غير محمد بن زياد وهو ثقة وانظر صحيح الجامع 1/404
[38]رواه النسائي، وأبو داود
[39] رواه أبو داود ، والنسائي ، وابن ماجه
[40] رواه الحاكم، والبيهقي، وانظر صحيح الجامع1/ 406
[41]رواه النسائي وأبو داود وانظر صحيح الجامع 1/407 
[42]رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي، و النسائي وانظر صحيح الجامع 1/408
[43] رواه الترمذي وأبو داود وانظر صحيح الجامع 10/410
[44] أخرجه الطبراني. وانظر صحيح الجامع 1/411
[45] رواه الترمذي وابن ماجه والنسائي ولفظه
[46]رواية البخاري ومسلم في دعاء النبي صلى الله عليه وسلم لابن عباس رضي الله عنهما، انظر البخاري مع الفتح 1/44 ومسلم 4/   1797
[47]  رواه أحمد وغيره وانظر صحيح الترغيب والترهيب للألباني 1/  19
[48] رواه ابن ماجه
[49]رواه ابن ماجه
[50]رواه النسائي بلفظه وأحمد
[51] رواه أبو داود وابن ماجه والنسائي والترمذي
[52]رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمد
[53] رواه أبو داود، والترمذي واللفظ له، والنسائي، وابن ماجه
[54] رواه النسائي وأحمد وإسناده جيد
[55] رواه الترمذي
[56] رواه النسائي ، والترمذي
[57] رواه النسائي 
[58] رواه النسائي
[59]رواه أحمد والترمذي واللفظ له
[60]  رواه ابن ماجه ولفظه- 'سلوا الله علماً نافعاً وتعوذوا بالله من علم لا ينفع'. 
[61]رواه مسلم
[62]رواه الحاكم وقال: صحيح على شرط مسلم، ووافقه الذهبي 
[63]رواه الحاكم عن أم سلمة مرفوعاً وصححه ووافقه الذهبي
[64] رواه الحاكم وقال صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي
[65] رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي
[66] رواه أحمد والحاكم وقال صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي
Kata Aisyah RA, apabila selesai sembahyang, saya bertanya kepada Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ): Wahai Nabi Allah, apa itu hisab yang mudah? Baginda bersabda: Diperlihat kitabnya lalu diberi kemaafan daripadanya, ia termasuk dalam perbicaraan hisab pada ketika itu, wahai  Aisyah kecelakaan dan semua musibah yang terjadi pada seseorang mukmin itu dihapuskan oleh Allah daripadanya sehinggakan terkena satu cucukan duri sekalipun.
[67] رواه ا لحاكم وصححه ووافقه الذهبي وهو كما قالا وهو عند أبي داود والنسائي أن النبي صلى الله عليهوسلم أوصى معاذاً أن يقولها في دبر كل صلاة 
[68] رواه ابن حبان ورواه أحمد عن طريق والنسائي في عمل اليوم والليلة 
[69] رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي وأخرجه أحمد وقال الحافظ: إسناده صحيح   
[70]رواه النسائي
[71] رواه النسائي وابن ماجه.
[72]رواه الترمذي و الحاكم وصححه ووافقه
[73] زوائد مسند البزار ، والطبراني، وانظر: مجمع الزوائد قال: إسناد الطبراني جيد 
[74] رواه أحمد بلفظه و البخاري في الأدب المفرد وصححه الألباني في تخريج فقه السيرة
[75] رواه مسلم وفي رواية لمسلم 'فإن هؤلاء تجمع لك دنياك وآخرتك' وفي سنن أبي داود قال: 'فلما ولى الأعرابي قال النبي صلى الله عليه وسلم: 'لقد ملأ يديه من الخير' 1/220'.'... واجبرني وارفعني' ابن ماجه والترمذي
[76]رواه الترمذي
[77] رواه أحمد وصححه الألباني في إرواء الغليل  
[78] دل عليه دعاء النبي صلى الله عليه وسلم لجرير رضي الله عنه. ]انظر البخاري مع الفتح [.
[79] Diambil daripada maksud firman Allah:
يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا.
Maksudnya:
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. Albaqarah:269.

[80] متفق عليه
[81] رواه الترمذى وقال: حديث حسن
[82] رواه الترمذى وقال حديث حسن
[83] متفق عليه
[84]رواه الترمذى
[85]رواه الترمذى وقال حديث حسن
[86] متفق عليه
[87] رواه الترمذى
[88] رواه مسلم
[89] رواه البخارى
[90] رواه أبو داود والترمذى وقال حديث حسن وقال الحاكم صحيح على شرط البخارى
[91]رواه مسلم
[92] رواه مسلم
[93]رواه البخارى واحمد
[94] رواه مسلم
[95] رواه مسلم
[96] رواه الترمذى قال الترمذى :قال البخارى اصح روايات هذا الحديث رواية الاشهيلى
[97] رواه ابو داود
[98]رواه ابوداود والنسائى بإسناد صحيح
[99] رواه الترمذى
[100]متفق عليه 
[101] رواه البخارى
[102] صحيح مسلم
[103] المعجم الكبير للطبراني
[104] أخرجه البخاري ومسلم