Wednesday, July 25, 2012

Program Harian Bagi Yang Tidak Berpuasa


Aktiviti Harian Bagi Yang Tidak berPuasa Bulan Ramadhan
(Orang yang haid atau nifas)

Apabila masuk waktu Subuh
1-Jawab azan subuh dan doa agar memperolehi syafaat:
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ[1]
Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatannya.

2-Rebut peluang pada waktu di antara azan dan iqamah ini dengan memperbanyakkan doa dan membaca zikir waktu pagi:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ[2]
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Doa tidak tertolak ketika di antara azan dan iqamah.

3-Bangunkan ahli keluarga untuk melaksanakan sembahyang subuh agar dapat ganjaran pahala.

4-Berikan galakkan pada suami dan anak-anak lelaki agar sembahyang subuh berjemaah di masjid, galakan juga agar mereka pergi awal supaya dapat ganjaran pahala dengan memberikan nasihat:

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW:
...وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا[3]
Maksudnya:
… kalaulah mereka tahu apa yang ada pada sembahyang Isyak dan Subuh pasti mereka akan dating walaupun terpaksan merangkak.

عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ[4]

Maksudnya:
Daripada Buraidah katanya Rasulullah SAW bersabda: Berikan berita gembira kepada orang yang berjalan dalam gelap ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari Kiamat.

5-Berikan galakkan terhadap suami dan anak-anak lelaki melaksanakan sembahyang sunat subuh di rumah sebagai mengikut sunnah nabi agar dapat ganjaran pahala

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا[5]
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat sembahyang sunat subuh itu lebaik daripada dunia dan isi-isinya.

Sabda Rasulullah SAW:
أُمَّ حَبِيبَةَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ[6]
Maksudnya:
Ummu Habibah RA katanya, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang dua belas rakaat dalam sehari semalam selain daripada sembahyang fardhu maka dibinakan baginya sebuah mahligai di dalam Syurga.

Sabda Rasulullah SAW:
...خَيْرَ صَلاةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاةَ الْمَكْتُوبَةَ[7]
Maksudnya:
Sebaik-baik sembahyang seseorang lelaki itu adalah di rumahnya melainkan sembahyang fardhu.

Ingatan: Sentiasa hadirkan niat melakukan kebaikan sepanjang hari dalam bulan Ramadhan

Aktiviti
Apabila orang keluar masjid
(Balik daripada masjid)

1-Berikan galakkan kepada ahli keluarga dengan harapan untuk mendapat ganjaran dan pahala agar mereka berusaha mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu.

عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ[8]
Maksudnya:
Daripada al-Miqdar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu tidak sesekali makan makanan yang lebih baik melainkan makan makanan daripada pekerjaan tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud baginda makan dengan hasil usaha tangannya sendiri.

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ[9]
Maksudnya:
Sesiapa yang melalui satu jalan pada menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya satu jalan ke Syurga.

2-Berikan galakkan kepada ahli keluarga kesemuanya agar berzikir kepada Allah sepanjang hari

Firman Allah:
أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya:
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'adu:28.

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ، قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ:"أَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطْبٌ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ"[10]

Maksudnya:
Daripada Muaz bin Jabal RA katanya, aku tanya Rasulullah SAW: Mana satu amalan yang lebih disukai oleh Allah? Rasulullah SAW bersabda: iaitu bahawa kamu mati sedang lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.

3-Daripada nasihat ini diharap agar mendapat ganjaran pahala, yang mana tujuannya adalah untuk mentaati Allah dan RasulNya.

4-Berikan galakkan kepada ahli keluarga agar melaksanakan sembahyang sunat Dhuha walaupun sekadar dua rakaat sebelum keluar daripada rumah:

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى[11]
Maksudnya:
Daripada Abu Zaar katanya, Rasulullah SAW bersabda: Pada pagi, setiap sendi dari kalangan kamu perlu diberikan sedekah, setiap tasbih adalah satu sedekah, setiap satu tahmid adalah satu sedekah, setiap satu tahlil adalah satu sedekah, setiap satu takbir adalah satu sedekah, menyuruh pada satu perkara makruf adalah satu sedekah dan mencegah satu perkara mungkar adalah satu sedekah. Dan diberikan ganjaran yang demikian itu dengan dua rakaat Dhuha.

5-Pergi bekerja atau ke universiti, atau sekolah dengan harapan agar mendapat ganjaran pahala:

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ[12]
Maksudnya:
Daripada al-Miqdar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu tidak sesekali makan makanan yang lebih baik melainkan makan makanan daripada pekerjaan tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud baginda makan dengan hasil usaha tangannya sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ[13]
Maksudnya:
Sesiapa yang melalui satu jalan pada menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya satu jalan ke Syurga.

6-Sibokkan diri dengan memperbanyakan zikir sepanjang hari

Firman Allah:
أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya:
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'adu:28.

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ، قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ:"أَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطْبٌ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ"[14]

Maksudnya:
Daripada Muaz bin Jabal RA katanya, aku anya Rasulullah SAW: Mana satu amalan yang lebih disukai oleh Allah? Rasulullah SAW bersabda: iaitu bahawa kamu mati sedang lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.

Antara contoh-contoh zikir-zikir iaitu:

Pertama: Tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Maha Suci Allah daripada kekurangan dan puji-pujian bagiNya, aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكثر من قول "سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه" . قالت فقلت : يا رسول الله ! أراك تكثر من قول "سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه ؟ " فقال "خبرني ربي أني سأرى علامة في أمتي . فإذا رأيتها أكثرت من قول : سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه . فقد رأيتها . إذا جاء نصر الله والفتح . فتح مكة . ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا . فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا[15]"
Maksudnya:
Adalah Rasulullah SAW, baginda banyak mengungkap perkataan:
(سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه) lalu ditanya kepada baginda: wahai Rasulullah SAW! Saya dapati bahawa tuan banyak mengungkap perkataan: (سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه). Baginda bersabda: Tuhanku memberitahu kepadaku bahawa aku akan melihat tanda umatku. Iaitu mereka banyak mengucap ucapan (سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه). Aku pasti dapat melihat mereka.1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (Semasa engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -3. maka Ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (surah an-Nashr)

Kedua: Istighfar
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Aku memohon keampuan Allah dan aku bertaubat kepadaNya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " يا أيها الناس توبوا إلى الله فإني أتوب في اليوم إليه مائة مرةً " [16].
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW: Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat dalam sehari seratus kali.

Ketiga: Tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya:
Maha Suci Allah daripada kekurangan dan puji-pujian bagiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " كلمتان خفيفتان على اللسان ، ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم "[17]
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW: Dua kalimah yang mudah disebut pada lidah, berat pada timbangan dan ia disukai oleh Ar-Rahman iaitu: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ))

Keempat: Tasbih
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين فإنه لم يدع بها رجل مسلم في شيء قط إلا استجاب الله له  "[18]
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW: Doa Zun Nun yang baginda berdoa dengannya di dalam perut ikan paus iaitu:  (لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ). Ianya tidak ditinggalkan oleh seseorang Muslim melainkan dimustajabkan oleh Allah baginya.
 
Kelima: Tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maksudnya:
Maha Suci Allah daripada kekurangan, segala puji-pujian bagi Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Maha Besar Allah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لأن أقول سبحان الله ، والحمد لله ،ولا إله إلا الله ، والله أكبر ،أحب إلى مما طلعت عليه الشمس "[19]
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Ucapan (سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ) lebih aku suka daripada terbit matahari.

 , قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أحب الكلام إلى الله أربعٌ : سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، لا يضرك بأيهنَّ بدأت "[20].
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW: Empat perkataan yang paling disukai Allah iaitu:
(سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ), tidak mengapa memulai yang mana pun.

Keenam: Haulaqah
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Maksudnya:
Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " يا عبد الله بن قيس ألا أدلك على كنز من كنوز الجنة ؟" فقلت:بلى يا رسول الله ، قال :" قل لا حول ولا قوة إلا بالله "[21]
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abdullah bin Qais, mahukah aku tunjukan bendahara daripada perbendaharaan Syurga? Beliau berkata: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Ucaplah:  (لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)

Ketujuh: Tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Maksudnya:
Maha Suci Allah daripada kekurangan

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة "[22].
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca  (سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ)  nescaya tumbah sepohon kurma baginya di Syurga.

Kelapan: Selawat
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ[23]
Maksudnya:
Ya Allah, selawat dan salamkanlah ke atas Muhammad, keluarga Muhammad sebagaimana Engkau selawatkan ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Memuji lagi Mengasihani. Ya Allah, berkatikanlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berkati ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Memuji lagi Mengasihani

قال تعالى: إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً [الأحزاب:56[ .
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzab:56.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا "[24].
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.

Kesembilan: Zikir-zikir almaksuraat yang menjadi kebiasaan

وقال صلى الله عليه وسلم : " لا تجعلوا بيوتكم قبورا ، و لا تجعلوا قبري عيدا ، و صلوا علي ، فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم"[25].
Maksudnya:
Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur dan jangan jadikan kubur aku sebagai perayaan, berselawatlah ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepadaku dimana jua kamu berada.

Aktiviti Apabila masuk
waktu Zohor

1-Menjawab seruan azan zohor dan rebut peluang pada waktu di antara azan dan iqamah ini dengan memperbanyakkan doa.

2- Masuk dapur dan sediakan makanan untuk berbuka kepada orang-orang puasa agar mendapat ganjaran pahala yang besar ini.

فعن أنس رضي الله تعالى عنه قال : كنا مع النبي صلى الله عليه و سلم في السفر فمنا الصائم ومنا المفطر قال : فنزلنا  منزلاً في يوم حار وأكثرنا ظلاً صاحب الكساء , ومنا من يتق الشمس بيده  قال فسقط الصوّام وقام المفطرون فضربوا الأبنية فقام المفطرون وهذا هو الشاهد فقام المفطرون و ضربوا الأبنية و سقوا الركاب فقال رسول الله صلى الله عليه وآله و سلم : " ذهب المفطرون اليوم بالأجر "[26].
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya: Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu pengembaraan, dikalangan kami ada yang puasa dan ada yang berbuka. Ia berkata: Lalu kami singgah pada suatu tempat, hari itu sangat panas dan ramai dikalangan kami berlindung dibawah kain masing-masing, ada juga menutup kepala dengan tangannya sendiri. Katanya lagi: lalu orang yang berpuasa menjadi lemah maka orang-orang yang berbuka menyediakan perkhidmatan makanan bagi orang yang berpuasa dan binatang-binatang maka bersabda Rasulullah SAW: Orang-orang yang berbuka pada hari ini mendapat ganjaran pahala.

3- Sibokkan diri pada masa-masa di dapur ini dengan merebut keuntungan segera iaitu:
- Membanyakkan zikir, tasbih, istighfar dan doa
- Mendengar bacaan al-Quran, atau ceramah dari radio di dapur berkenaan.
- Mendengar siaran al-Quran daripada radio di dapur

Firman Allah:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ -28
Maksudnya:
 "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'ad:28.

أن أعرابياً قال لرسول الله صلى الله عليه و سلم: إن شرائع الإسلام قد كثرت علي فأنبئني بشيء أتشبث به , فقال : " لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ"[27]
Maksudnya:
Seorang Arab badwi telah berkata kepada Rasulullah SAW: Syariat Islam telah terlalu banyak  ke atasku oleh itu khabarkanlah kepadaku sesuatu agar aku dapat melakukannya? Baginda bersabda: Hendaklah lidah kamu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.

Galakkan kepada keluarga melaksanakan sembahyang zohor serta sunat rawatibnya apabila mereka tidak berpeluang melaksanakannya di sekolah, tempat kerja atau di universiti dengan mengharapkan ganjaran pahala disebakan memberikan mereka galakkan dalam melaksanakan sembahyang-sembahyang sunat dan mengajar agar mereka memelihara fardhu berkenaaan.

4-Tidur dengan mengharapkan pahala

قال معاذ بن جبل رضي الله عنه : " إني لأحتسب في نومتي كما أحتسب في قومتي"  .
Maksudnya:
Kata Muaz bin Jabal RA: Aku berharap mendapat pahala pada tidurku sebagaimana aku harap mendapat pahala ketika aku tidak tidur.



Apabila masuk waktu Ashar

1-    Bangunkan anak-anak untuk persediaan sembahyang Ashar

2-    Menjawab seruan azan zohor dan rebut peluang pada waktu di antara azan dan iqamah ini dengan memperbanyakkan doa.

3-    Galakkan suami dan anak-anak melaksanakan sembahyang Ashar di masjid secara berjemaah, mendengar tazkirah selepas sembahyang, membaca al-Quran dan menggalakan orang-orang perempuan sembahyang secara berjemaah di rumah jika boleh.

Sabda Rasulullah SAW:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من غدا إلى المسجد لا يريد إلا أن يتعلم خيرا أو يعلمه كان له كأجر حاج تاما حجته "[28]
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ke masjid dan ia tiada hendakkan apa-apa melainkan mempelajari kebaikan atau mengajar maka baginya ganjaran umpama haji yang sempurna.

4- Membaca al-Maksurat yang telah menjadi kebiasaannya sebelum ini.

Apabila hampir masuk waktu Maghrib

1-Banyakkan doa dan istighfar pada waktu ini ketika bekerja menyediakan juadah berbuka puasa dengan menharapkan ganjaran dan pahala
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الدعاء هو العبادة "[29]
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Doa itu adalah ibadah.

Dengan mengharapkan ganjaran pahala, hantarkan juadah kepada jiran-jiran dan orang yang memerlukannya. Ia juga sebagai memasukan kegembiraan ke dalam hati mereka dan juga bagi mengeratkan lagi hubungan di antara jiran-jiran. Hulurkan bantuan kepada mereka untuk mendapatkan ganjaran pahala orang yang berpuasa.

قال صلى الله عليه وسلم:  " من فطر صائماً كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئاً "[30].
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang memberikan makanan berbuka keapada orang yang berpuasa maka baginya ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa berkenaan dan tidak berkurang pahala orang yang menerimanya.

ثبت في الصحيحين أنه صلى الله عليه وسلم:  كان أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرآن، فلرسول الله صلى الله عليه وسلم أجود بالخير من الريح المرسلة[31]
Maksudnya:
Adalah Rasulullah itu sebaik-baik manusia, baginda juga sebaik-baik lagi pada Ramadhan ketika bersama Jibril. Baginda bersama Jibril pada setiap Ramadhan membaca al-Quran. Rasulullah SAW sebaik-baik manusia terhadap kebaikan umpama tiupan angin.

Apabila selepas terbenam matahari

1-Menjawab seruan azan Maghrib dan rebut peluang pada waktu di antara azan dan iqamah ini dengan memperbanyakkan doa.

2- Galakkan keluarga buka dengan beberapa biji rutub atau tamar dalam bilangan ganjil atau air sahaja. Beritahu mereka agar mereka mendapatkan ganjaran mengikut sunnah dan juga berdoa ketika berbuka:

عن أنس قال:  كان رسول الله يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء[32] .
Maksudnya:
Daripada Anas katanya, Adalah Rasulullah SAW itu berbuka dengan beberapa biji rutub sebelum baginda sembahyang, jika baginda tiada beberapa biji rutub ( kurma segar) baginda berbuka dengan beberapa biji kurma kering dan jika tiada juga baginda akan minum beberapa teguk air kosong.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال : " ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله"[33].
Maksudnya:
Adalah Rasulullah SAW itu apabila baginda berbuka puasa baginda membaca:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ))

3- Galakkan suami adan anak-anak sembahyang Maghrib di masjid dan bagi yang perempuan melaksanakannya secara berjemaah di rumah jika boleh.

4-Galakkan melaksanakan sunnah rawatib bagi sembahyang magrib dua rakaat

5- Baca zikir-zikir waktu petang ketika keluarga yang lain sedang sembahyang maghrib dan galakkan ahli keluarga sentiasa mengamalkan zikir-zikir ini.

 6- Berkumpul bersama ahli keluarga untuk makan makanan buka serta bersyukur kepada Allah atas nikmat menyempurnakan puasa pada hari ini.

7- Galakkan ahli keluarga bersedia untuk melaksanakan sembahyang fardhu Isyak dan terawih di masjid dengan berwuduk serta memakai pakaian bersih dan berharuman (pastikan yang perempuan tidak mengenakan minyak wangi). Dan dengan penuh semangat berjalan ke masjid:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " أيما امرأة استعطرت ‏ثم خرجت، فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية "[34].
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana perempuan yang memakai wangian kemudian ia keluar. Lalu ia melalui pada suatu kaum dan mereka tercium bauan itu maka ia adalah penzina.

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " أيما امرأة أصابت بخوراً فلا تشهد ‏معنا العشاء الآخرة " أي صلاة العشاء[35].
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana perempuan yang berbau-bauan maka janganlah mereka sembahyang isyak bersama kami.

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لا تمنعوا إماء الله مساجد الله ، وليخرجن تفلات " أي غير متطيبات[36]
Maksudnya:
Jangan larang para wanita ke masjio-masjid dan pastikan mereka keluar tanpa bau-bauan.
 قال صلى الله عليه وسلم: " من تطهر في بيته ثم مشى إلى بيت من بيوت الله ليقضي فريضة من فرائض الله كانت خطوتاه إحداهما تحط خطيئة والأخرى ترفع درجة "[37].
Maksudnya:
Sesiapa yang berwuduk daripada rumahnya kemudian ia berjalan kaki ke masjid untuk melaksanakan satu daripada fardhu yang difardhukan oleh Allah maka baginya selangkah menghapus kesalahan dan selangkah lagi meninggikan darjat.

Apabila masuk waktu Isyak

1-Menjawab seruan azan zohor dan rebut peluang pada waktu di antara azan dan iqamah ini dengan memperbanyakkan doa.
2-Sibukkan diri dengan zikir-zikir dan selawat.
3- Sediakan halaqah tazkirah bagi ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:  " وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله تعالى يتلون كتاب الله ويتدارسونه إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم الرحمة وحفتهم الملائكة وذكرهم الله فيمن عنده"[38]
Maksud:
Tidak berkumpul suatu kaum di masjid, mereka membaca kitab Allah, dan bertadarus melainkan diturunkan ketenangan, dilimpahi rahmat, dilingkungi para malaikat serta mereka disebut dikalangan orang  yang berada di sisi Allah.

Lakukan salah satu daripada perkara ini dengan bersemangat:
-          Duduk bersama ahli keluarga bagi menghubung rahim dengan tujuan menyemarakkan ramadhan
-          Dengar khutbah, tazikrah, peringatan, nasihat di pusat-puasat Islam, jemaah-jemaah islam atau daripada internet.
-          Mengajak kepada perkara-perkara di atas
-          Ingat-mengingat di antara satu sama lain dengan mengharapkan ganjaran pahala.
-          Menyediakan masakan dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah.
4- Tidur dengan mengharap ganjaran pahala daripada Allah.


Apabila berada pada satu pertiga malam yang akhir

1-    Bangunkan suami dan anak-anak serta galakkan mereka sembahyang tahajjud, galakkan juga sujud dan rukuk lama dalam sembahyang tahajjud itu. Juga melaksanakannya di masjid secara berjemaah pada sepuluh akhir Ramadhan.
2-    Berzikir dan berdoa pada waktu ini
3-    Harapkan ganjaran pahala ketika menyediakan makanan sahur berserta dengan memperbanyakan doa, zikir dan istighfar. Galakkan juga ahli keluarga bersahur dengan niat beribadat kerana Allah dan mengikut sunnah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " تسحروا فإن في السحور بركة "[39]
Maksudnya:
Bersahurlah kamu semua kerana dalam sahur ada keberkatan

4- Duduk untuk doa dan istighfar sehingga azan subuh.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ينزل ربنا تبارك وتعالى في كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر، فيقول: من يدعوني فأستجيب له، ومن يسألني فأعطيه، ومن يستغفرني فأغفر له "[40]
Maksudnya:
Tuhan kita menurunkan rahmatNya pada setiap malam ke langait dunia pada ketika satu pertiga malam. Ia berfirman: ssesiapa yang berdoa pasti Aku tunaikan baginya, sesiapa yang meminta pasti Aku berikan padanya dan sesiapa yang beristighfar pasti Aku ampunkan baginya.


[1]صححه الألباني رقم: 6423 في صحيح الجامع .  
[2] , رواه أحمد والترمذي وأبو داوود و صححه الألباني رقم: 3408 في صحيح الجامع .
[3]متفق عليه
[4], رواه الترمذي وابن ماجه و صححه الألباني رقم: 2823 في صحيح الجامع .  
[5] رواه مسلم
[6] رواه مسلم
[7] متفق عليه
[8]رواه البخاري
[9] صحيح مسلم
[10] حسنه الألباني رقم: 165 في صحيح الجامع
[11] رواه مسلم
[12]رواه البخاري
[13] صحيح مسلم
[14] حسنه الألباني رقم: 165 في صحيح الجامع
[15] رواه مسلم
[16] رواه مسلم
[17]  رواه البخاري ومسلم .
[18] رواه الألباني رقم: 3505 في صحيح الترمذي
[19] رواه مسلم
[20] رواه مسلم
[21] رواه البخاري ومسلم .
[22] رواه الألباني رقم: 1540 في صحيح الترغيب
[23] صحيح البخاري (14/ 484)
[24]رواه مسلم
[25] رواه الألباني رقم: 7226 في صحيح الجامع
[26] رواه البخاري ومسلم
[27] , حديث صحيح صححه الألباني .
[28] رواه الطبراني حسن صحيح
[29] , صححه الألباني رقم: 3407 في صحيح الجامع .
[30] رواه الترمذي وابن ماجه وغيرهما، وصححه الألباني رقم: 6415 في صحيح الجامع
[31] صحيح البخاري
[32] , قال الألباني حسن صحيح
[33]صححه الألباني رقم: 4678 في صحيح الجامع
[34]رواه أبو داود، الترمذي والنسائي ‏وغيرهم و صححه الألباني رقم: 2701 في صحيح الجامع
[35] رواه مسلم 
[36] رواه أحمد وأبو داود و صححه الألباني رقم: 7457 في صحيح الجامع .
[37]  رواه مسلم
[38]   رواه مسلم .
[39]  متفق عليه .
[40]  رواه البخاري والمسلم .