Persediaan Menyambut
Aidilfitri
Pertama: Bersedia untuk sembahyang dengan
kebersihan dan memakai pakaian yang terbaik bagi kita sendiri:
فقد أخرج مالك في موطئه عن نافع :
" أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يغتسل يوم الفطر قبل أن يغدو إلى المصلى
" وهذا إسناد صحيح .
Maksudnya:
Bahawa Ibnu
Umar RA, beliau mandi pada hari raya sebelum bertolak ke tempat sembahyang.
*Ibnu Umar RA
adalah orang yang sangat berpegang dengan sunnah dan beliau mandi hari raya
sebelum keluar.
Ada juga
riwayat daripada Ibnu Umar RA
وثبت عن ابن عمر رضي الله عنهما
أيضاً لبس أحسن الثياب للعيدين . قال ابن حجر : " روى ابن أبي الدنيا
والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين ". (
فتح الباري 2/51 ) .
Maksudnya:
Ibnu Umar memakai pakaian
yang terbaik untuk dua hari raya. Kata Ibnu Hajar: riwayat Ibnu Dunia dan
Baihaqi dengan sanad shahih, bahawa Ibnu Umar memakai pakaian yang terbaik
untuk dua hari raya.
Kedua: Sunat sebelum keluar
pergi sembahyang pada hari raya: makan beberapa biji kurma dalam bilangan
ganjil, tiga atau lima
atau tujuh atau lebih daripada itu dalam bilangan ganjil.
لحديث أنس رضي الله عنه قال :
" كان النبي صلى الله عليه وسلم لا يغدوا يوم الفطر حتى يأكل تمرات ، ويأكلهن
وتراً " أخرجه البخاري .
Maksudnya:
Daripada
Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW tidak pergi keluar pada hari raya
sehinggalah baginda makan beberapa kurma dan baginda memakannya dalam bilangan
ganjil.
Ketiga:
Sunat bertakbir dengan meninggikan suara kecuali wanita, pada hari raya ketika
keluar rumah hingga ke tempat sembahyang raya.
لحديث عبدالله بن عمر رضي الله
عنهما : " أن رسول الله كان يخرج في العيدين .. رافعاً صوته بالتهليل
والتكبير .. " ( صحيح بشواهده ، وانظر الإرواء 3/123)
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar al-Khattab RA
katanya, bahawa Rasulullah SAW, baginda keluar dari rumah pada dua hari raya
…baginda meninggikan suara bertahlil dan bertakbir…
وعن نافع : " أن ابن عمر كان
إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى يأتي
الإمام ، فيكبر بتكبيره " أخرجه الدارقطني بسند صحيح .
Maksudnya:
Sesungguhnya Ibnu
Umar apabila keluar pada pagi raya, sama ada raya fitrah atau raya adha, beliau
menginggikan suara bertakbir sehingga sampai tempat sembahyang raya kemudian
terus bertakbir sehingga datang imam lalu mereka bertakbir dengan takbirnya.
Keempat: Sunat keluar ke tempat sembahyang raya dengan berjalan kaki.
لحديث علي رضي الله عنه قال :
" من السنة أن يخرج إلى العيد ماشياً " أخرجه الترمذي ، وهو حسن بشواهده
.
Maksudnya:
Daripada Ali bin Abi Talib RA katanya, di antara perkara sunnah adalah
keluar ke tempat sembahyang raya dengan berjalan kaki.
Kelima: Sunat pergi sembahyang dan balik darinya dengan jalan yang
berbeza agar dapat bertemu dengan ramai
orang.
لحديث جابر رضي الله عنه قال :
" كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق "
أخرجه البخاري .
Maksudnya:
Daripada Jabir RA
katanya, Rasulullah SAW, apabila hari raya baginda berjalan dengan yang
berbeza.
Keenam: Sembahyang raya hendaklah dilaksanakan setelah terbit matahari
dan ia matahari telah tinggi. Dilakukan tanpa
azan dan iqamah. Ianya hanya dua rakaat. Pada rakaat pertama, setelah
takbiratul ihram, hendaklah takbir tujuh kali dan rakaat kedua setelah takbir
intiqalat, talbir lima kali. Bagi imam sunat membaca dengan nyaring, pada
rakaat pertama setelah al-fatihah baca surah al-a'la atau surah Qaf dan pada
rakaat kedua setelah fatihah baca surah al-Ghasyiah atau surah al-Qamar.
Setelah selesai sembahyang diadakan dua khutbah. Orang-orang perempuan juga
sangat digalakkan untuk keluar pergi sembahyang.
Boleh lihat dalam hadis-hadis berikut:
حديث عائشة رضي الله عنها : " أن رسول الله صلى الله
عليه وسلم كان كان يكبر في الفطر والأضحى ؛ في الأولى سبع تكبيرات ، و في الثانية
خمساً" أخرجه أبو داود بسند حسن ، وله شواهد كثيرة .
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah
SAW bertakbir pada sembahyang raya fitrah dan adha, pada rakat pertama 7kali
dan pada kedua 5 kali.
و عن النعمان بن بشير رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله
عليه وسلم كان يقرأ في الجمعة والعيدين ب (سبح اسم ربك الأعلى ) و ( هل أتاك حديث
الغاشية ) أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada an-Nukman bin Basyir RA katanya, Bahawasanya Rasulullah
SAW membaca pada sembahyang jumaat dan dua sembahyang raya. Al-A'la dan
al-Ghasyiah.
و عن عبيدالله بن عبدالله أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه سأل
أبا واقد الليثي : ما كان يقرأ به رسول الله صلى الله عليه وسلم في الأضحى والفطر
؟ فقال : " كان يقرأ فيهما ب ( ق والقرآن المجيد ) و ( اقتربت الساعة وانشق
القمر ) " أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada Ubaidullah RA katanya bahawa Umar bin
al-Khattab RA bertanya kepada Abu Waqid al-Laisi: Apa yang dibaca oleh
Rasulullah SAW dalam sembahyang raya adha dan raya fitrah? Lalu ia berkata: Baginda membaca (surah Qaf) dan (Surah al-Qamar)
وعن أم عطية رضي الله عنها قالت : " أُمرنا أن نَخرجَ ،
فنُخرج الحُيَّض والعواتق ، وذوات الخدور ـ أي المرأة التي لم تتزوج ـ فأما
الحُيَّض فيشهدن جماعة المسلمين ودعوتهم ، ويعتزلن مصلاهم " أخرجه البخاري
ومسلم .
Maksudnya:
Daripada Ummu
Atiyah RA katanya: Kami diperintah agar keluar, lalu kami keluar termasuk yang
uzur haid dan anak dara bagi yang haid mereka melihat orang ramai dan seruan mereka dan mereka
menjauhi tempat sembahyang.
وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : " شهدت صلاة الفطر
مع نبي الله و أبي بكر و عمر وعثمان ، فكلهم يصليها قبل الخطبة " أخرجه مسلم
.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya: Saya sembahyang bersama Nabi SAW, Abu
Bakar, Umar dan Usman. Mereka semua sembahyang sebelum khutbah.
و عن جابر
رضي الله عنه قال : " صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم العيدين غير مرة
ولا مرتين بغير أذان ولا إقامة " أخرجه مسلم .
Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya: Saya sembahyang dua raya bersama Nabi SAW
bukan sekali dan bukan dua kali, sembahyang dengan tiada azan dan iqamah.
Ketujuh:
mendoakan di antara satu sama lain apabila bertemu deangan ucapan (تقبل
الله منا ومنك) iaitu semoga-moga
Allah menerima amalan daripada kita.
حديث محمد بن زياد قال : كنت مع
أبي أمامة الباهلي وغيره من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ، فكانوا إذا رجعوا
يقول بعضهم لبعض : ( تقبل الله منا ومنك ) قال أحمد بن حنبل : إسناده جيد " (
الجوهر النقي 3/320 ).
Maksudnya:
Kata Muhammad bin Ziayad: Saya bersama Abu Umamah al-Bahili dan sahabat nabi
yang lain. Mereka apabila kembali, mereka mengucapkan semoga Allah menerima
dari kami dan kamu.
Kelapan: hari raya adalah hari melahirkan perasaan gembira dan bahagia.
فعن أنس رضي الله عنه قال : قدم
رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما ، فقال : " ما
هذان اليومان ؟ قالوا : كنا نلعب فيهما في الجاهلية ، فقال رسول اله صلى الله عليه
وسلم : إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما : يوم الأضحى ، ويوم الفطر "
أخرجه أحمد بسند صحيح .
Maksudnya:
Daripada Anas RA
katanya, Rasulullah SAW tiba di Madinah dan penduduk Madinah ada dua hari untuk
mereka berseronok padanya lalu baginda bertanya: Ada apa dengan dua hari ini? Kata mereka penduduk Madina: Kami bermain pada sejak zaman jahiliah. Lalu
baginda bersabda: Allah SWT telah gantikan kedua dengan yang lebih baik iaitu
hari raya adha dan hari raya fitrah.
Pastikan setiap
orang Islam menghindari daripada terjebak dalam perkara-perkara yang menyalahi
syarak seperti: berhias yang melampau, pakai pakaian bagi lelaki dengan menyapu
lantai, cukur janggut, dengar muzik yang melalaikan, melihat perkara haram,
mendedahkan aurat, bercampur lelaki dan perempuan, begitu juga para bapa-bapa
elakkan daripada bawa keluarga ke tempat yang sia-sia yang menampak
perkara-perkara mungkar.
و
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله .