Monday, May 19, 2008

15 AZAB UNTUK ORANG TINGGAL SEMBAHYANG

LIMA AZAB SEMASA DI DUNIA

1.Dihilangkan keberkatan dari umurnya
2.Dihilangkan tanda orang soleh dari mukanya
3.Semua amalannya tiada mendapat ganjaran
4.Doanya tidak terangkat ke langit
5.Tidak dapat bahagian dari doa orang soleh

TIGA KETIKA HENDAK DICABUT NYAWA

1.Mati dalam keadaan hina
2.Mati dalam keadaan sangat lapar
3.Mati dalam keadaan sangat dahaga seolah-olah jika dicurahkan air tujuh lautan pun tidak puas.

TIGA SEMASA DALAM KUBUR

1.Disempitkan kuburnya sehingga bersilang antara tulang rusuk
2.Dipanggang di atas api siang-malam
3.Temankan ular yang bernama As-Syujak Al-Aqrak, matanya dari api, kukunya dari besi dengan panjangnya sehari perjalanan, katanya kepada mayat: Aku As-Syujak Al-Aqrak, bunyi suaranya umpama guruh bergema, katanya: Aku diperintahkan Tuhanku untuk
memukul kamu sebab terlepas solat subuh hingga terbit matahari
memukul kamu kerana terlepas solat Zuhur hingga ashar
memukul kamu kerana terlepas solat Maghrib hingga Isyak
memukul kamu kerana terlepas solat Isyak hingga Subuh
Setiap satu pukulan ia terbenam dalam bumi tujuh puluh hasta begitulah ia diazab hingga hari kiamat

TIGA AZAB SETELAH BANGKIT DARI KUBUR

1-Dihisab dengan berat,
2-Dimurkai Allah dan
3-Dimasukkan dalam Neraka.

DALAM RIWAYAT LAIN

Tertulis pada dahinya dengan tiga baris
Baris pertama: Wahai Orang yang melepaskan hak Allah
Baris kedua: Wahai orang yang dimurkai Allah
Baris ketiga: sebagaimana kamu menyempitkan hak Allah di dunia maka pada hari ini kamu tidak mendapat rahmat Allah.

No comments: