Monday, January 25, 2010

Nota Ringkas Pengenalan Nabi Muhammmad



MUHAMMAD DI HATI KAMI

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib… daripada Bani Hasyim… daripada Quraisy… daripada Bani Ismail bin Ibrahim alaihissalam… daripada Bani Sam bin Nuh alaihissalam… daripada Nabi Adam alaihissalam.

Di antara nama-nama baginda:
Sabda Rasulullah SAW:

" قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) " أنا محمد وأنا أحمد وأنا الماحي الذي يمحو الله بي الكفر وأنا الحاشر الذي يحشر الناس على قدمي وأنا العاقب الذي ليس بعده نبي"

Maksudnya:
Aku adalah Muhammad, aku Ahmad, aku al-Mahi yang memadam kekufuran, aku al-Hasyir yang mengumpul manusia atas kakiku dan aku adalah al-Aqib yang tiada selepasnya nabi.

Gelarannya: Abul Qasim.

Ibunya: Aminah binti Wahhab dari Bani Zahrah dari Quraisy

Tarikh lahirnya: lahir pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah 53 tahun sebelum hijrah.

Jantina: Penghulu lelaki

Agama: Penghulu Muslimin.

Tempat lahirnya: Mekah al-Mukarramah- dekat bukit Safa- Rumah Abu Talib ( sekarang dijadikan perpustakaan Mekah ).

Anak lelaki: al-Qasim- dan dengannya baginda diberi gelaran, Abdullah-digelar al-Taiyib dan al-Tahir dan Ibrahim.

Anak-anak perempuan: Zainab, Rokiyah, Ummu Kalsum dan Fatimah.
Bapa saudara yang terkenal: yang Islam- al-Abbas dan Hamzah, yang bukan Islam- Abu Talib dan Abu Lahab.

Ibu saudara yang terkenal: yang Islam- Umaimah ibu isteri baginda Zainab binti Jahsy dan Shafiyah.

Orang yang jadi bidan: al-Syifa'- Ibu Abdul Rahman bin Auf.

Orang yang menyusunya: orang yang mula menyusunya adalah ibunya-Aminah, kemudian Suwaibah hamba Abu Lahab kemudian Halimah al-Saadiah.

Penjaganya: Barakah, Ummu Aiman- yang berkahwin dengan Zaid bin Harisah.

Anak-anak nabi:

Pertama: anak-anak perempuan:
Zainab: meninggal pada tahun ke-8H, beliau anak sulung, berkahwin dengan anak saudara sebelah ibunya iaitu Abu al-Ash ibnu ar-Rabi', darinya lahir seorang anak perempuan ( umamah ) yang berkahwin dengan saidina Ali selepas kematian Fatimah dan ia tiada anak beranak

Rokiyah: meninggal pada tahun ke-2H, beliau berkahwin dengan saidina Osman bin Afwan dan melahir dua orang anak yang kedua-duanya meninggal pada umur 6 tahun.

Umm Kalsum: meninggal pada tahun ke-9H, beliau berkahwin dengan saidina Osman bin Afwan selepas kakaknya meninggal dan beliau tiada beranak.

Fatimah: meninggal pada tahun ke-11H iaitu selepas Nabi meninggal dunia 6 bulan. Beliau berkahwin dengan saidina Ali bin Abi Talib, daripadanya lahir anak yang bernama al-Hasan, al-Husain, Zainab dan Ummu Kalsum.



Anak-anak lelaki: al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, kesemuanya meninggal sebelum mencapai umur dua tahun, kesemua mereka adalah anak daripada Kadijah melainkan Ibrahim anak daripada Mariah al-Masriah.

Isteri-isteri Nabi:
1. Khadijah binti Khuwailid: beliau isteri yang pertama, yang meminang baginda tatkala melihat akhlak baginda yang luar biasa, meninggal dunia pada umur 65 tahun dan ketika itu baginda Nabi berumur 50 tahun dan nabi tiada berkahwin dengan orang lain ketika menjadi isteri baginda.

2. Saudah binti Zum'ah: beliau kematian suami dalam keadaan lanjut usia dan tiada sesiapa yang menjaga beliau lalu nabi berkahwin dengannya itu pun setelah Khadijah meninggal.

3. Aisyah binti Abu Bakar al-Siddik: Nabi berkahwin dengannya kerana memuliakan bapanya dan baginda tidak bersatu dengannya melainkan setelah tiga tahun. Beliau adalah orang yang paling cerdik dan paling mengetahui dengan berfatwa.

4. Hafsah binti Umar al-Khattab: beliau kematian suami dalam peperangan Badar, lalu bapanya mempelawa para sahabat agar berkahwin dengannya lalu Nabi berkahwin dengannya kerana memuliakan bapanya. Beliau pandai membaca dan menulis.

5. Ummu Salamah- Hindun binti Umaiyah: beliau kematian suaminya selepas perang Uhud, beliau mempunyai ramai anak lalu baginda berkahwin dengannya agar menjaga dan mendidik anak-anaknya.

6. Zainab binti Khuzaimah: beliau kematian suaminya dalam peperanga Uhud dan beliau telah lanjut usia. Beliau tiada sesiapa menjaganya lalu nabi berkahwin dengannya dan meninggal setelah 7 bulan.

7. Zainab binti Jahsy- beliau adalah anak ibu saudara baginda yang bernama Umaimah. Beliau telah berkahwin dengan Zaid bin Harisah anak angkat Nabi setelah itu beliau diceraikan. Ketika itu orang-orang Arab melarang wanita yang dicerai berkahwin selepas perceraiannya dan melarang isteri anak angkat berkahwin dengan bapa lalu Allah menghendaki perkara itu dilenyapkan maka diperintahkan Nabi berkahwin dengannya.

8. Juwairiyah binti al-Haris bin Dirar: beliau adalah tawanan perang dalam peperangan al-Mustaliq, lalu memeluk Islam kemudian nabi berkahwin dengannya. Beliau adalah anak raja bani al-Mustaliq, apabila bapanya mengetahui bahawa nabi memuliakannya, bapanya memeluk Islam berserta dengan kaumnya. Perkahwinan ini mendatangkan keberkatan pada kaumnya.

9. Safiyah binti Hay bin Akhtab: bapa beliau adalah raja yahudi dari bani Nadir. Dalam peperangan Khaibar suaminya ditawan lalu beliau memeluk Islam kemudian nabi berkahwin dengannya.

10. Ummu Habibah, Ramlah binti Abi Sufyan: Beliau memeluk Islam dan hijrah bersama suaminya ke Habsyah tetapi suaminya murtad dari Islam di Habsyah lalu nabi berkahwin sebagai menggantikan perpisahan dengan suaminya semasa beliau berada tempat yang asing baginya.

11. Maimunah binti al-Haris al-Hilaliah: Beliau menyerahkan dirinya sebagai 'hebah' ketika Rasulullah SAW di Mekah semasa baginda melakukan Umrah Qada' lalu menerimanya dan berkahwin dengannya.

12. Mariah binti Syam'un al-Qibtiah: beliau satu-satunya hamba yang dikahwini oleh Rasulullah SAW bagi melahirkan kekuatan golongan hamba dalam kehidupan yang mulia itu. Beliau dihadiah oleh raja Mesir al-Maqusqas dan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Ibrahim.
Pekerjaan Rasulllah SAW:
Mengembala kambing, kemudian berniaga sehingga umur 40 tahun selepas itu menjadi pilihan golongan muslimin dan penutup sekalian nabi.

Saudara susuan:
Daripada Suwaibah:
Abdullah bin Jahsy,
Hamzah bin Abdul Mutalib,
Abu Salamah bin Abdul Asad,
Masruh bin Suwaibah.

Daripada Halimah as-Saadiah:
Abdullah, Anisah dan Huzafah ( al-Syaima' ) iaitu anak-anak al-Haris.

Sifat-sifat Nabi:
Warna wajah baginda: putih kemerahan
Warna rambut: Hitam
Warna mata: kehitaman
Ketinggian: sederhana sesuai dengan tubuh.

No comments: