Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa Allah yang menyuruh kamu sembahyang?
Firman Allah:
حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Maksudnya:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, lebih-lebih lagi sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Al-Baqarah:238.
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa sembahyang merupakan wasiat Rasulullah SAW sebelum baginda keluar dari dunia ini?
Rasulullah SAW melafazkannya sehingga nafas yang terakhir:
الصلاة الصلاة وما ملكت ايمانكم
Maksudnya:
Berwaspadalah terhadap sembahyang! Berwaspadalah terhadap sembahyang! Dan hamba yang kamu milikki.
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa sembahyang itu kunci bagi segala kebaikan?
Kata Ibnul Qaiyim: Sembahyang itu datangkan rezeki, menjaga kesihatan, menolak gangguan, membasmi racun, menguat hati, memelihara nikmat, menolak kecelakaan, mengdatangkan keberkatan, menjauhkan syaitan, mendekatkan kepada Allah dan lain-lain…
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa Rasulullah SAW memberikan gambaran orang yang meninggalkan sembahyang adalah kufur.
Rasulullah SAW bersabda:
بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة
Maksudnya:
Perbezaan di antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan sembahyang.
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa orang yang meninggalkan sembahyang ditempatkan bersama dengan pesalah dalam neraka Jahannam?
Firman Allah dalam surah al-Muddassir:
Maksudnya:
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ{38} إِلا أَصْحَابَ الْيَمِينِ{39} فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ{40} عَنِ الْمُجْرِمِينَ{41} مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ{42} قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ{43}
Maksudnya:
38. Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, 39. kecuali puak kanan, 40. (Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, 41. tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, 42. (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" 43. orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa sembahyang itu menghapuskan dosa-dosa?
Sabda Rasulullah SAW:
ما من مسلم يتطهر فيتم الطهور الذي كتب الله فيصلي الخمس الا كانت كفارة لما بينهن
Maksudnya:
Mana-mana muslim yang bersuci dengan kecusian yang sempurna sebagaimana yang difardhukan oleh Allah kemudian ia sembahyang lima waktu melainkan ia menghapuskan dosa di antaranya waktu-waktu tersebut.
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa memelihara sembahyang itu merupakan jalankan untuk masuk ke dalam Syurga?
Sabda Rasulullah SAW:
من حافظ على الصلوات الخمس ، ركوعهن ، وسجودهن ، ومواقيتهن ، وعلم انهن حق من عند الله دخل الجنة ، او قال وجبت الجنة ، او قال حرم على النار
Maksudnya:
Sesiapa yang memelihara sembahyang lima waktu, rukuknya, sujudnya, waktunya dan tahu bahawa ia adalah hak Allah, ia pasti masuk syurga atau baginda bersabda: wajiblah ia Syurga dan kata baginda yang lain pula: Diharamkan ke atasnya neraka.
Mengapa kamu tidak sembahyang?
Sedangkan kamu tahu bahawa sembahyang adalah amalan yang pertama-tama dihisab terhadap seseorang hamba pada hari Kiamat?
Rasulullah SAW bersabda:
إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته ، فإن صحت فقد افلح وانجح ، وإن فسدت فقد خاب وخسر ، فإن انتقص من فريضته شيئ قال الرب عز وجل : انظروا هل لعبدي من تطوع فيكمل منها ما انتقص من الفريضة ؟ ثم تكون سائر اعماله على هذا
Maksudnya:
Sesungguhnya yang pertama dihisab terhadap seseorang hamba itu tentang amalannya pada hari Kiamat adalah sembahyangnya jika ia betul maka berjayalah dan mendapat kemenangan. Jika tidak betul maka ia pasti celaka dan kecewa. Apabila ia ada kekurangan daripada kefardhuannya, Allah berfirman: Lihatlah, adakah hambaKu ini mempunyai amalan sembahyang sunat yang membolehkan ia menutup daripada kekurang yang fardhu itu? Kemudian begitu bagi amalan-amalan yang lain seperti ini juga.
Selepas daripada ini… mengapa kamu masih tidak sembahyang juga????
Cuba Renungi Kelebihan Sembahyang Sunat ini:
ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang sangat cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap. Sayap itu seluas di antara timur dan barat. Selepas itu Jibril a.s melihat dirinya sendiri.
Jibril: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?"
Allah: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal”.
No comments:
Post a Comment