Rasulullah e dan sahabatnya menyeru Islam secara sulit selama tiga tahun. Dalam tempoh itu penganut-penganut Islam bertambah ramai. Kebanyakan mereka merahsiakan keimanan mereka dan melakukan ibadat secara sembunyi atau di tempat-tempat yang jauh daripada kota Mekah. Dalam pada itu terdapat juga orang-orang yang diseru secara sulit menolak Islam malahan ada yang mengejek dan mempersendakan-sendakan seruan Islam itu seperti Abu Lahab.
Firman Allah:
Maksudnya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, - (al-Hijr 94-95)
Maksudnya
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! (Al-Lahab:1)
Perbuatan Abu Lahab itu mengambarkan tentangan sebahagian besar pembesar Quraisy dan ketua-ketua kaum Arab. Mereka tidak mahu menerima Islam kerana bimbangkan pengaruh mereka merosot dan amalan buruk mereka mendapat tentangan kerana Islam menyeru kepada keadilan, persamaan hak dan menyeru perkara-perkara makruf.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu tidak melemahkan semangat Rasulullah e. Baginda terus berdakwah hingga ramailah orang-orang Arab tertarik dan memeluk Islam. Mereka menemui Abu Talib supaya menasihatkan Rasulullah e supaya tidak meneruskan dakwahnya, tetapi ditolak dengan halus oleh Abu Talib