Wednesday, November 24, 2010

Was-was Dan Rawatan

Was-was:

Adalah suatu perkara yang muncul dalam jiwa daripada bisikan hati, ia adalah daripada syaitan, terhasil dari kepenatan berfikir dan terlalu memikir atau juga kerana terlalu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Kebanyakannya ia muncul daripada ibadat sembahyang dan wuduk.

Was-was sebenarnya menunjukkan kebaikan dan ia sebagai bukti ada keimanan dari itu bagi sesiapa yang terkena penyakit was-was ia tidak perlu bersedih dan tertekan apabila terkena was-was.

Sabda Rasulullah SAW:
عن علقمة ، عن عبد الله ، رضي الله عنه قال : سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الوسوسة فقال : ذاك صريح الإيمان.

Maksudnya:
Daripada Alqamah, daripada Abdullah RA, katanya: Ditanya kepada Rasulullah SAW tentang was-was, baginda bersabda: Itu adalah keimanan yang jelas.

Dalam riwayat yang lain pulaL

عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْوَسْوَسَةِ قَالَ تِلْكَ مَحْضُ الإِيمَانِ

Maksudnya:
Daripada Alqamah daripada Abdullah RA katanya, ditanya kepada Rasulullah SAW tentang was-was lalu baginda bersabda: Itu adalah kebenaran (ketulenan ) keimanan.

Was-was juga pernah berlaku dikalangan para sahabat:

عَنْ أَبِي الْعَلاءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاثًا قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي

Maksudnya:
Daripada al-Alak bahawa Othman bin Abi Al-Aash menemui Rasululah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW sesunguhnya syaitan menggangguku, sembahyangku dan bacaanku. Ia mengelirukannya ke atasku. Baginda bersabda: Itu adalah syaitan, ia dikatakannya Jundub. Apabila ia mengganggu kamu, hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah dan ludahlah ke kiri kamu tiga kali (memadai ludah tanpa air sebagai syarat sahaja). Beliau berkata: Lalu aku berbuat demikian maka Allah hilangkannya daripadaku.

Mungkin penyakit ini bertambah hingga keperingkat ia menjauhi daripada beribadat dan meninggalkan ketaatan juga boleh sampai keperingkat syirik kepada Allah dalam keadaan sangat memenatkan atau terlalu jemu atau terpaksa banyak memikir…

Cara-cara Menentang was-was:

1. Elakkan daripada bangun malam… ia mungkin menambahkan was-was dan menyebabkan tidak dapat tidur pada masa hendak tidur oleh itu sentiasalah tidur awal… dengan tidak banyak berfikir.

2. Laksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah tanpa memikirkan adakah ia diterima atau tidak, kerana Allah tidak membebankan sesuatu perkara melainkan apa yang mampu dilakukannya. Dan ini bukan dari urusan anda wahai hamba Allah yang muslim, anda hanya diperintahkan untuk melakukannya bukan diperintahkan tentang kesahihannya. Anda perlu menunaikan apa yang diperintahkan Allah seperti wuduk, sembahyang, tasbih, tahlil dan tahmid…

3. Apabila anda ragu tentang ketidak sahihan wuduk atau tidak niat atau tidak sempurnakan wuduk, ini adalah dari syaitan kerana anda tidak melakukan wuduk melainkan ada niat… dan niat merupakan satu pintu yang luas untuk syaitan masuk padanya kepada orang mukmin untuk menyusahkannya..

4. Jangan ulangi kembali perkara yang telah dilakukan sebelum ini… seperti selepas takbiratul ihram kemudian datang keraguan, adakah ia sah atau tidak? Tinggalkan keraguan anda ini, jangan takbiratul ihram semula dan terus sempurnakan sembahyang anda kerana apabila anda mentaati was-was ini ia pasti akan bertambah sehingga menyusahkan… ini akan berlaku dalam semua perkara, apabila melaksanakan ketaatan atau ibadat, dari itu hendaklah jangan diulanginya semula melainkan apabila anda makan atau berhadas semasa melakukannya yang merosakkan rukun-rukun ibadat, begitulah juga dalam ibadat umrah, haji dan semua yang difardukan dan yang sunat-sunat.

5. Bergaullah dengan orang ramai dan jangan bersendirian, cubalah keluar dari rumah serta bersamalah dengan orang ramai dan cuba berbual-bual dengan mereka kerana apabila anda berbual-bual dengan mereka, anda akan melupakan apa yang sedang difikirkan.

6. Elakkan dari perkara-perkara yang menyebabkan keghairahan seperti bercinta, perkara-perkara lucah, berkhayal atau yang seumpama dengannya. Dan jika didatangi perkara seumpama ini hendaklah bersegera kepada isteri anda jika anda orang yang telah berkahwin dan jika anda seorang yang bujang hendaklah berterusan mengamalkan puasa sunat dan tidak berfikir tentang perkara tersebut.

7. Banyakkan berzikir, baca al-quran secara berterusan dan secara berperingkat-peringkat. jangan banyakkan sembahyang, tasbih melainkan secara berperingkat kerana tanpa berperingkat ia akan menyebabkan melakukan amal sholeh dengan merasa jemu dan menyebabkan was-was. Mulakan dengan sedikit-sedikit sehingga hilang was-was kemudian barulah mulakan dengan bertambah sedikit demi sedikit amalan itu.

8. Tingkatkan lagi kefahaman ilmu agama dan lebih-lebih lagi memahami tentang niat.

9. Banyakkan berdoa kepada Allah kerana Dialah penyembuhnya.

Antara contoh doa nabi SAW:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير، اللهم اجعل في قلبي نورا وفي سمعي نورا وفي بصري نورا، اللهم اشرح لي صدري ويسر لى أمري وأعوذ بك من وسواس الصدر وشتات الامر وفتنة القبر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما يلج في الليل ومن شر ما يلج في النهار وشر ما تهب به الرياح ".

Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Tunggal, Yang tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagiNya segala pujia-pujian dan Ia Maha berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Jadikanlah hatiku ini bercahaya, pendengaranku bercahaya, pandanganku bercahaya dan dadaku bercahaya. Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan aku berlindung denganMu daripada was-was dalam dada, pembubaran urusan dan fitnah kubur. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada keburukan yang muncul pada waktu malam dan keburukan yang muncul pada waktu siang serta keburukan daripada tiupan angin,

Menurut para ulama, antara punca terhasilnya was-was ialah melakukan onani, buang air kecil di tempat mandi dan berwuduk di dalam tandas.

Cara merawat was-was

Cara pertama:

حَدَّثَنَا أَبُو زُمَيْلٍ قَالَ سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ فَقُلْتُ مَا شَيْءٌ أَجِدُهُ فِي صَدْرِي قَالَ مَا هُوَ قُلْتُ وَاللَّهِ مَا أَتَكَلَّمُ بِهِ قَالَ فَقَالَ لِي أَشَيْءٌ مِنْ شَكٍّ قَالَ وَضَحِكَ قَالَ مَا نَجَا مِنْ ذَلِكَ أَحَدٌ قَالَ حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ) فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلْ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ ( الآيَةَ قَالَ فَقَالَ لِي إِذَا وَجَدْتَ فِي نَفْسِكَ شَيْئًا فَقُلْ) هُوَ الأَوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (

Maksudnya:
Saya bertanya Ibnu Abbas RA: Saya dapati ada sesuatu dalam dada saya. Beliau bertanya: Apa dia? Saya berkata: Demi Allah! Saya tidak akan bercakap tentangnya. Beliau berkata kepada saya :Adakah berkenaan dengan syak (ragu-ragu/ was-was). Beliau tersenyum dan berkata: Tiada siapapun yang terselamat daripadanya. Kata beliau lagi: Sehingga Allah turunkan ayat:

) فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلْ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ)

Maksudnya:
Sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadaMu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).Yunus 94.

Lalu beliau berkata kepadaku: Apabila kamu dapati ada sesuatu dalam hatimu maka bacalah:

هُوَ الأَوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya:
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Hadid:3

Cara kedua:
Baca surah Ghafir waktu malam sebelum tidur dan banyak selawat ke atas nabi sehingga mengantuk tidur.

Cara ketiga:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ يَا وَيْلَهُ وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ يَا وَيْلِي أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِي النَّارُ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila anak Adam membaca surah sajadah lalu sujud (apabila tiba tempat sujud tilawah) syaitan menjauhi dan menangis sambil berkata: Alangkah celakanya. Riwayat lain ia berkata: Alangkah celakanya aku, anak Adam disuruh sujud ia sujud maka untuknya syurga tetapi aku disuruh sujud, aku enggan maka untukku neraka.

Cara merawat:
Pesakit was-was ini hendaklah membaca surah sajadah dan hendaklah ia sujud apabila tiba ayat sujud. Ia perlu mengulangi seperti demikian setiap hari dan menetapkan masa yang sesuai untuk dirinya untuk berbuat demikian. Kerana ia akan merasa lapang, syaitan akan menjauhinya daripadanya dan Allah akan menyihatkannya.

Sebagai tambahan: 
Cara merawat penyakit ini:
hendaklah memberus gigi setiap kali berwuduk dan
memberus gigi sebelum takbiratul ihram untuk sembahyang.


Selain itu, Al-Iman Hasan Asy-Syadzili pernah mengajari muridnya agar terhindar dari waswas. Beliau menjelaskan: “Barang siapa yang merasa seperti itu (waswas) maka hendaklah meletakkan tangan kanan di dadanya dan bacalah tujuh kali:
 سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْخَلَّاقِ الْفَعَّالِ
kemudian dilanjutkan dengan membaca:
 إِنْ يَّشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيْدٍ وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللهِ بِعَزِيْزٍ
Ini dibaca sebelum takbiratul ihram


Sesungguhnya Allah tidak membebankan sesuatu perkara yang diluar kemampuan anda!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tambahan update:


Penyakit was-was adalah penyakit hati yang sangat berbahaya. Penyakit ini akan menjadikan seseorang tidak khusyuk dalam beribadah. Bahkan akan membuat malas dan jemu melakukannya. Ibadahnya pun tidak akan optimal. Sebab, waktunya habis untuk mengulang-ulang ibadah yang tidak perlu diulang.

Dengan demikian, sudah semestinya bagi setiap orang muslim untuk berwaspada terhadap penyakit kronis ini. Sebab penyakit ini merupakan daripada tentara syaitan dan hendaklah segera ditumpaskan. Kalau tidak, penyakit ini akan semakin meresap lekat dalam hati dan susah hilang. Akhirnya, akan membuat empunya seperti orang yang tidak waras.

Bagaimana tidak? Dia membasuh wajah berulang kali, padahal basuhan yang pertama sudah sah, dia melakukan takbiratul ihram beberapa kali, padahal takbiratul ihramnya sudah baik, dan dia membaca Fatihah tidak selesai-selesai, padahal bacaannya lumayan sempurna.

Lalu, bagaimanakah cara mengobati penyakit was-was ini? Imam Ibnu Hajar al-Haitami menjelaskan dalam kitabnya, Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah , tips-tips menghilangkan penyakit was-was. Setidaknya, ada enam cara untuk menaklukkan penyakit syaitan itu.

Pertama:

وهو الإِعْرَاضُ عنها جُمْلَةً كَافِيَةً
Tidak menghiraukannya. Inilah obat terampuh untuk menumpas was-was dengan tidak menghiraukan ketika keraguan datangnya keraguan.

Contoh, ketika melakukan Takbiratul Ihram, hatinya ragu sah atau tidak, maka keraguan itu tidak usah dihiraukan. Lanjutkan saja sembahyangnya. Yakinlah bahawa Takbiratul Ihram-nya sah. Jika hal itu dilakukan, was-was sedikit demi sedikit akan hilang. Namun, apa bila dituruti, maka was-was itu akan semakin bertambah dan bertambah sehingga akan membuat empunya seperti orang gila.

Kedua,
الْوَسْوَسَةَ من الشَّيْطَانِ اتِّفَاقًا
Sadar bahawa was-was itu dari syaitan.
Sebagaimana sudah maklum, syaitan adalah musuh utama yang paling kita. Mereka berusaha keras untuk menjerumuskan kita ke jalan yang dimurkai Allah. Oleh Kerana itu, mereka mengganggu kita ketika beribadah. Mereka menyelipkan keraguan dalam hati kita; sah tidak niat kita, sah tidak bacaan tahiyat kita dan setersunya. Dengan demikian, jika was-was datang, sadarlah bahawa syaitan sedang mengganggu kekhusyukan kita.

Ketiga,
أَنَّ من اسْتَحْضَرَ طَرَائِقَ رُسُلِ اللَّهِ سِيَّمَا نَبِيُّنَا صلى اللَّهُ عليه وسلم وَجَدَ طَرِيقَتَهُ وَشَرِيعَتَهُ سَهْلَةً وَاضِحَةً بَيْضَاءَ بَيِّنَةً سَهْلَةً
Terapkan dalam hati bahawa agama Islam itu mudah.
Orang yang was-was biasanya menganggap ibadah yang telah dilakukan tidak sah. Misalnya, dia menganggap niatnya tidak sah, bacaan Fatihahnya tidak sah dan seterusnya. Sehingga dia mengulang-ulang apa yang telah dia lakukan. Hal itu hanya menyusahkan dirinya. Sebab, Islam itu mudah. Rasulullah saw tidak pernah memberikan pemahaman yang susah tentang agama Islam kepada umatnya.

Keempat,
وَبِهِ تَعْلَمُ صِحَّةَ ما قَدَّمْته أَنَّ الْوَسْوَسَةَ لَا تُسَلَّطُ إلَّا على من اسْتَحْكَمَ عليه الْجَهْلُ وَالْخَبَلُ وَصَارَ لَا تَمْيِيزَ له
Belajar dengan tekun.
Biasanya orang was-was disebabkan kerana belum faham betul tentang ibadah yang dia lakukan. Sebab, orang alim dan faham seluk-beluk agama, dia tidak akan was-was. Oleh kerana itu, bagi orang yang was-was, belajarlah agama secara berterusan. Setidak-tidaknya berkaitan ibadah yang ia diwas-waskan. Misalnya ketika sembahyang, dia was-was, maka belajarlah tentang ilmunya sembahyang.

Kelima,
أَنْ يَقُولَ لا إلَهَ إلاَّ اللَّهُ فإن الشَّيْطَانَ إذَا سمع الذِّكْرَ خَنَسَ
Bacalah Lâ Ilâha Illa-llâh (لا إلَهَ إلاَّ اللَّهُ).
Orang yang terkena penyakit was-was disunahkan memperbanyak kalimat tauhid ini. Sebab, ketika mendengar kalimat tauhid ini, syaitan akan lari.

Keenam,
فَتَعَوَّذْ بِاَللَّهِ منه وَاتْفُلْ عن يَسَارِك ثَلَاثًا فَفَعَلْت فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي
Membaca ta’awwudz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
Utsman bin abil Aash pernah bercerita kepada baginda Nabi saw bahawa syaitan telah mengganggu sembahyangnya. Maka Nabi memerintahnya untuk membaca ta’awwudz dan meludah ke kiri tiga kali. Resepi itu pun dilakukan. Seketika, penyakit was-was itupun hilang.

Demikianlah obat was-was menurut Ibnu Hajar al-Haitami. Semoga kita semua dapat mengamalkannya sehingga penyakit was-was hilang dari hati kita. Sehingga kita dapat beribadah dengan khusyuk.

7 comments:

kopiahlembik said...

salam...ALHAMDULILLAH ..artikel yang bermanfaat bagi org seperti ana.

Ibnu Omar al-Madani said...

Wa'alaikumussalam.....
saya rasa gembira jika ertikal ini dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang berkenaan. Hanya Allah jua yang memberi ganjrannya.

Muhamad Yussof said...

Terima kasih...artikel anda byk membantu :)

Unknown said...

Terima kasih banyak-banyak kerana berkongsi ilmu dengan saya.semoga Allah membalas kebaikan anda di dunia dan di akhirat

Unknown said...

Asalamualikum Ustaz,
kami tertarik dengan artikel ini ,
macam mana kita dapat berhubungi dengan Ustaz ?

ibnuomar said...

boleh hubungi saya dengan email ini-ibnuomar@mymasjid.com.my

Ibnu Omar al-Madani said...

Email ibnuomar@mymasjid.com.my sudah tidak berfungsi kerana pengurusan portal mymasjid.com telah mengupgratekan email mereka oleh itu sesiapa yg ingin menghubungi, sila guna emal berikut...halenpo@gmail.com