Nabi Muhammad ialah seorang yang bertanggungjawab dan tidak suka membuang masa. Semenjak kecil baginda tidak berdiam diri. Nabi pernah menolong Halimah as-Sa'adiah mengembala kambing iaitu ketika nabi tinggal bersamanya. Demikian juga ketika nabi pulang tinggal bersama ibunya di Mekah. Mengembala kambing menjadi kerja biasa dan mulia bagi orang-orang Arab pada masa itu.
Semasa nabi dipelihara oleh Abu Talib, baginda berusaha meringankan beban bapa saudaranya itu dengan bekerja mengambala kambing di tempat-tempat yang jauh daripada orang ramai. Hasil daripada upahan mengembala kambing itu diserahkan kepada Abu Talib.
Ketika berusia 12 tahun, nabi Muhammad pergi ke negeri Syam mengikut bapa saudaranya berniaga. Kepada orang-orang Arab berniaga adalah pekerjaan yang mulia.
Dalam pelayaran itu ketika sampai di Bashrah nabi telah diperhatikan orang, seorang rahib keristian bernama Bahira yang mendapati tanda kenabian. Bahira memberitahu Abu Talib bahawa nabi akan menjadi seorang kenamaan dimasa akan datang. Beliau menasihatkan Abu Talib supaya membawa nabi pulang segera kerana ditakuti dibunuh oleh orang-orang yahudi.
Ketika berumur 25 tahun nabi Muhammad sekali lagi pergi ke negeri Syam kerana membawa dagangan Khadijah, seorang janda dari kaum bangsawan Quraisy. Kali ini baginda ditemani dan dibantu oleh Maisarah seorang hamba kepercayaan Khadijah.
Perniagaan itu memperolehi keuntungan besar dan mengembirakan Khadijah.
No comments:
Post a Comment