Sunday, March 27, 2011

NABI DIBAWAH JAGAAN NENDA DAN BAPA SAUDARANYA

Selepas ibunya meninggal dunia, nabi Muhammmad (صلى الله عليه وسلم) dipelihara oleh nendanya Abdul Mutalib. Abdul Mutalib telah memelihara dan mendidik nabi dengan penuh kasih saying. Beliau telah memberi layanan dan jagaan yang baik lebih daripada cucu-cucu yang lain.

Ketika nabi berumur 8 tahun, sekali lagi nabi Muhammmad (صلى الله عليه وسلم) mengalami peristiwa pahit iaitu kematian datuknya Abdul Mutalib yang pada masa itu sudah lanjut usianya.

Kematian-kematian orang-orang yang hampir dengan baginda ( bapa, ibu, dan datuk) sebenarnya ada hikmah yang sangat besar. Diantaranya:

a- Mereka ini sangat memberi pengaruh dalam hidup nabi.

b- Mereka ini sangat memanjakan (datuk biasanya sangat manjakan cucu, dan ibu bapa sangat manjakan anak) jika ia berlaku secara berlebihan akan menyebabkan budak kecil jadi rosak dan tidak berwawasan serta rosak masa depannya.

c- Allah hendak mendidik baginda dengan sebaik-baik didikan sebagai persediaan memimpin manusia.

d- Orang yang terlalu dimanjakan tidak akan dapat berdikari dengan sempurna hanya mengharapkan orang lain.

e- Orang yang kurang kasih sayang ibu bapa lebih memahami erti kasih sayang. Sebab itu Rasulullah sangat kasih pada umatnya.

f- Latihan bagi Rasulullah untuk berdikari sendiri tanpa harapkan orang lain.

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) kemudiannya dipelihara dan didik oleh bapa saudaranya Abu Talib atas wasiat Abdul Mutalib. Walaupun Abu Talib tidak kaya dan mempunyai ramai anak, Abu Talib mengambil tanggungjawab memelihara nabi dengan sempurna. Beliau telah memberi sepenuh kasih saying dan bertimbang rasa kepada nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم).

Semenjak kecil lagi nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) telah menunjukan sifat-sifat mulia dan tingkah laku yang terpuji. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) tidak pernah berebut-rebut dengan anak-anak yang lain ketika makan. Apabila makan baginda tidak gelojoh dan tidak sampai terlalu kenyang. Baginda selalu membantu kerja-kerja bapa saudaranya. Baginda seorang yang sangat ringan tolong,. Perkara ini boleh kita saksikan dalam sirah baginda.


No comments: