Dalam perjalanan pulang daripada Syam ke Mekah, Abdullah bapa nabi telah singgah di Madinah kerana sakit, semantara menanti sembuh di kalangan sanak-saudaranya tetapi malangnya penyakit yang ia hadapi tidak sembuh bahkan semakin melarat yang membawa beliau kepada kematian. Manakala robongan khafilahnya telah pun pulang ke Mekah. Abdullah meninggal dunia dan di kebumikan di Madinah.
Apabila rombong itu sampai di Mekah mereka memberitahu tentang Abdullah yang ditinggalkan di Madinah kerana sakit ketika ini Abdul Mutalib telah menyuruh abangnya Abdullah ke Madinah untuk membawa adik yang dikasihinya pulang ke Mekah. Apabila sampai di Madinah abangnya hanya mampu menahan tangisan. Dan pulang dengan perasaan hampa ke Mekah. Pada masa yang sama Aminah sedang sarat mengandung. Dengan kematian bapanya itu, nabi telah menjadi yatim sebelum dilahirkan.
Abdullah tidak banyak meninggalkan harta kecuali 15 ekor unta dan seorang hamba yang bernama Ummu Aiman. Hamba inilah yang menjaga nabi setelah baginda diputerakan.
PENYUSU NABI
Penyusu pertama selepas ibunya ialah Suwaibah al-Aslamiah iaitu hamba milik Abu Lahab. Ia adalah bapa saudara nabi. Kemudian disusui pula oleh Halimah as-Sa'adiah iaitu seorang wanita desa dari Kabilah as-Sa'ad. Beliau membawa nabi tinggal di di desanya selama 4 tahun kemudian diserahkan kembali kepada ibunya Aminah. Menyerah anak untuk disusui oleh ibu-ibu desa adalah tradisi orang arab kenamaan Quraisy. Agar anak mereka fasih dengan bahasa arab, terdedah dengan suasana kampung yang bersih dan segar, lasak ketahanan fizikal dan mental.
Pada masa umur nabi 6 tahun, bondanya Aminah telah membawa nabi Muhammad ke Madinah untuk menziarahi kubur ayahandanya Abdullah. Mereka ditemani oleh Ummu Aiman. Dalam perjalan pulang ke Mekah, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia di Abwak dan sekarang ini di kenali dengan nama al-Khuraibah. Dengan kematian bondanya ini, nabi Muhammad menjadi yatim-piatu.
Nabi Muhammad kemudiannya dibawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman dan menyerahkannya kepada datuknya Abdul Mutalib.
No comments:
Post a Comment