Sunday, April 10, 2011

Peristiwa di Gua Hira' Bersama Malaikat Jibril


Jalan untuk naik ke atas bukit Nur

Pemandangan dari atas bukit Nur

Dalam Gua Hira, gua tidaklah besar sangat, ia boleh muat dalam lingkungan lima orang dewasa dan dari arah gua itu boleh kelihatan masjid Haram Mekah ini bermakna gua ini mengadap kiblat.

Ketika memasuki peringkat dewasa (kira-kira umur 40 tahun) nabi Muhammad merasa semakin tidak senang melihat kehidupan orang-orang Arab yang penuh dengan keburukan dan kemasiatan

Baginda mengambil keputusan mengasingkan diri dengan beribadat, berfikir dan mencarai kebenaran di Gua Hira' dibukit Nur[1]. Baginda sering berada di sana terutama dalam bulan Ramadhan dengan membawa sedikit bekalan.

Kira-kira 6 bulan berulang-alik ke Gua Hira' itu nabi Muhammad mula mendapat mimpi benar iaitu ternampak cahaya seperti cuaca waktu pagi. Baginda mimpi apa yang dilihat dalam mimpi itu sebagai tanda kebenaran yang akan memberi panduan kepadanya.

Pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 ogos 610M ketika tidur di dalam Gua Hira' dating malaikat Jibril menyuruh nabi Muhammad membaca dengan berkata: bacalah! Sebanyak tiga kali. Setiap kali disuruh, nabi menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca. Kemudian Jibril menyuruh nabi membaca:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ{1} خَلَقَ الإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ{2} اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ{3} الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ{4} عَلَّمَ الإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ{5{

Maksudnya:
1. Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - 5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat-ayat tersebut ayat-ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan. Dengan turunnya ayat-ayat itu maka nabi Muhammad dengan rasmi dilantik menjadi nabil.

Setelah menyampaikan ayat-ayat Quran tersebut Jibril pun menghilangkan diri dan nabi Muhammad pulang ke rumahnya menemui Khadijah dengan keadaan mengeletar, seram, sejuk dan ketakutan.


[1] Bukit ini terletak kira-kira 6km daripada kota Mekah.

Wednesday, April 6, 2011

NABI MUHAMMAD DIANGKAT MENJADI HAKIM


Semenjak zaman kanak-kanak dan remaja lagi Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dikenali dalam masyarakat kota Mekah sebagai seorang yang baik, berbudi pekerti tinggi dan amanah. Baginda tidak terpengarauh dengan sikap dan tingkah laku kebanyakan anggota masyarakat Arab yang pada keseluruhannya bersifat kasar dan berakhlak rendah. Dengan sifat-sifat terpuji itu Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dihormati dan dikenali hingga digelar al-amin kerana sifat amanah dan kejujurannya.

Ketika Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) berusia 35 tahun telah berlaku banjir besar menyebabkan dinding Kaabah runtuh. Orang-orang Quraisy berusaha membina semula secara gotong-royong. Tetapi apabila tiba masa hendak meletakan semula Hajarul Aswad di tempatnya yang asal mereka berselisih pendapat. Kerana masing-masing ketua kaum Quraisy menganggap mereka adalah lebih layak meletakan Hajarul Aswad itu pada tempatnya.

Perselisihan itu hampir-hampir mencetuskan perkelahian dikalangan mereka. Tetapi akhirnya dengan cadangan seorang pemimpin yang disegani iaitu Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Mukhzumi mereka bersetuju melantik seorang hakim iaitu orang yang mula-mula masuk ke dalam kewasan masjid melalui pintu Shafa.

Mereka kemudiannya mendapati orang yang mula-mula masuk ialah nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم). Dengan tidak ragu-ragu lagi mereka menerima nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) menjadi hakim menentukan siapa yang lebih layak meletakan Hajarul aswad kerana mereka yakin di atas keputusan keadilan baginda.


Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dengan bijaksana dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan membentangkan sehelai kain. Setiap ketua kabilah suku kaum Quraisy diminta memengang tepi kain itu. Nami Muhammad (صلى الله عليه وسلم) sendiri meletakan al-Harul Aswad ke atas kain itu dan menggangkat bersama-sama ketua-ketua kaum itu kepenjuru al-Hharul Aswad di Kaaabah. Kemudian baginda baginda mengambil al-Harul Aswad itu dan diletakan ditempat yang sala dengan tangannya yang mulia.

Demikianlah nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan bijaksana dapat menyelesaikan pertelingkahan di antara ketua-ketua kaum Arab.

Sunday, April 3, 2011

Perkahwinan Dengan Khadijah binti Khuwailid

Khadijah sangat gembira dengan kejayaan nabi Muhammad menjalankan perniagaan. Beliau tertarik hati kepada sifat-sifat nabi Muhammad yang jujur, amanah, dan cekap menjalankan perniagaan. Khadijah seorang janda yang pernah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau adalah seorang yang kaya, bangsawan dan cantik. Ramai juga orang-orang ternama Quraisy meminang beliau tetapi ditolaknya.

Khadijah berhasrat untuk menjadikan nabi Muhammad sebagai suaminya. Akhirnaya setelah berlaku perbincangan di antara dua belah pihak, nabi Muhammad dan Khadijah dinikahkan.

Pada masa itu umur nabi Muhammad 25 tahun dan umur Khadijah 40 tahun.

Hasil perkahwinan dengan Khadijah, nabi Muhammad dikurniakan dua orang putera dan empat puteri. Puteranya ialah: Qasim dan Abdullah. Manakala puterinya ialah: Zainab, Rokiyah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kedua-dua puteranya meninggal pada masa kecil.