Wednesday, April 6, 2011

NABI MUHAMMAD DIANGKAT MENJADI HAKIM


Semenjak zaman kanak-kanak dan remaja lagi Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dikenali dalam masyarakat kota Mekah sebagai seorang yang baik, berbudi pekerti tinggi dan amanah. Baginda tidak terpengarauh dengan sikap dan tingkah laku kebanyakan anggota masyarakat Arab yang pada keseluruhannya bersifat kasar dan berakhlak rendah. Dengan sifat-sifat terpuji itu Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dihormati dan dikenali hingga digelar al-amin kerana sifat amanah dan kejujurannya.

Ketika Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) berusia 35 tahun telah berlaku banjir besar menyebabkan dinding Kaabah runtuh. Orang-orang Quraisy berusaha membina semula secara gotong-royong. Tetapi apabila tiba masa hendak meletakan semula Hajarul Aswad di tempatnya yang asal mereka berselisih pendapat. Kerana masing-masing ketua kaum Quraisy menganggap mereka adalah lebih layak meletakan Hajarul Aswad itu pada tempatnya.

Perselisihan itu hampir-hampir mencetuskan perkelahian dikalangan mereka. Tetapi akhirnya dengan cadangan seorang pemimpin yang disegani iaitu Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Mukhzumi mereka bersetuju melantik seorang hakim iaitu orang yang mula-mula masuk ke dalam kewasan masjid melalui pintu Shafa.

Mereka kemudiannya mendapati orang yang mula-mula masuk ialah nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم). Dengan tidak ragu-ragu lagi mereka menerima nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) menjadi hakim menentukan siapa yang lebih layak meletakan Hajarul aswad kerana mereka yakin di atas keputusan keadilan baginda.


Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dengan bijaksana dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan membentangkan sehelai kain. Setiap ketua kabilah suku kaum Quraisy diminta memengang tepi kain itu. Nami Muhammad (صلى الله عليه وسلم) sendiri meletakan al-Harul Aswad ke atas kain itu dan menggangkat bersama-sama ketua-ketua kaum itu kepenjuru al-Hharul Aswad di Kaaabah. Kemudian baginda baginda mengambil al-Harul Aswad itu dan diletakan ditempat yang sala dengan tangannya yang mulia.

Demikianlah nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan bijaksana dapat menyelesaikan pertelingkahan di antara ketua-ketua kaum Arab.

No comments: