Monday, March 28, 2011

PEKERJAAN NABI

Nabi Muhammad ialah seorang yang bertanggungjawab dan tidak suka membuang masa. Semenjak kecil baginda tidak berdiam diri. Nabi pernah menolong Halimah as-Sa'adiah mengembala kambing iaitu ketika nabi tinggal bersamanya. Demikian juga ketika nabi pulang tinggal bersama ibunya di Mekah. Mengembala kambing menjadi kerja biasa dan mulia bagi orang-orang Arab pada masa itu.

Semasa nabi dipelihara oleh Abu Talib, baginda berusaha meringankan beban bapa saudaranya itu dengan bekerja mengambala kambing di tempat-tempat yang jauh daripada orang ramai. Hasil daripada upahan mengembala kambing itu diserahkan kepada Abu Talib.

Ketika berusia 12 tahun, nabi Muhammad pergi ke negeri Syam mengikut bapa saudaranya berniaga. Kepada orang-orang Arab berniaga adalah pekerjaan yang mulia.

Dalam pelayaran itu ketika sampai di Bashrah nabi telah diperhatikan orang, seorang rahib keristian bernama Bahira yang mendapati tanda kenabian. Bahira memberitahu Abu Talib bahawa nabi akan menjadi seorang kenamaan dimasa akan datang. Beliau menasihatkan Abu Talib supaya membawa nabi pulang segera kerana ditakuti dibunuh oleh orang-orang yahudi.

Ketika berumur 25 tahun nabi Muhammad sekali lagi pergi ke negeri Syam kerana membawa dagangan Khadijah, seorang janda dari kaum bangsawan Quraisy. Kali ini baginda ditemani dan dibantu oleh Maisarah seorang hamba kepercayaan Khadijah.

Perniagaan itu memperolehi keuntungan besar dan mengembirakan Khadijah.

Sunday, March 27, 2011

NABI DIBAWAH JAGAAN NENDA DAN BAPA SAUDARANYA

Selepas ibunya meninggal dunia, nabi Muhammmad (صلى الله عليه وسلم) dipelihara oleh nendanya Abdul Mutalib. Abdul Mutalib telah memelihara dan mendidik nabi dengan penuh kasih saying. Beliau telah memberi layanan dan jagaan yang baik lebih daripada cucu-cucu yang lain.

Ketika nabi berumur 8 tahun, sekali lagi nabi Muhammmad (صلى الله عليه وسلم) mengalami peristiwa pahit iaitu kematian datuknya Abdul Mutalib yang pada masa itu sudah lanjut usianya.

Kematian-kematian orang-orang yang hampir dengan baginda ( bapa, ibu, dan datuk) sebenarnya ada hikmah yang sangat besar. Diantaranya:

a- Mereka ini sangat memberi pengaruh dalam hidup nabi.

b- Mereka ini sangat memanjakan (datuk biasanya sangat manjakan cucu, dan ibu bapa sangat manjakan anak) jika ia berlaku secara berlebihan akan menyebabkan budak kecil jadi rosak dan tidak berwawasan serta rosak masa depannya.

c- Allah hendak mendidik baginda dengan sebaik-baik didikan sebagai persediaan memimpin manusia.

d- Orang yang terlalu dimanjakan tidak akan dapat berdikari dengan sempurna hanya mengharapkan orang lain.

e- Orang yang kurang kasih sayang ibu bapa lebih memahami erti kasih sayang. Sebab itu Rasulullah sangat kasih pada umatnya.

f- Latihan bagi Rasulullah untuk berdikari sendiri tanpa harapkan orang lain.

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) kemudiannya dipelihara dan didik oleh bapa saudaranya Abu Talib atas wasiat Abdul Mutalib. Walaupun Abu Talib tidak kaya dan mempunyai ramai anak, Abu Talib mengambil tanggungjawab memelihara nabi dengan sempurna. Beliau telah memberi sepenuh kasih saying dan bertimbang rasa kepada nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم).

Semenjak kecil lagi nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) telah menunjukan sifat-sifat mulia dan tingkah laku yang terpuji. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) tidak pernah berebut-rebut dengan anak-anak yang lain ketika makan. Apabila makan baginda tidak gelojoh dan tidak sampai terlalu kenyang. Baginda selalu membantu kerja-kerja bapa saudaranya. Baginda seorang yang sangat ringan tolong,. Perkara ini boleh kita saksikan dalam sirah baginda.


Saturday, March 26, 2011

KEMATIAN AYAHANDA NABI

Dalam perjalanan pulang daripada Syam ke Mekah, Abdullah bapa nabi telah singgah di Madinah kerana sakit, semantara menanti sembuh di kalangan sanak-saudaranya tetapi malangnya penyakit yang ia hadapi tidak sembuh bahkan semakin melarat yang membawa beliau kepada kematian. Manakala robongan khafilahnya telah pun pulang ke Mekah. Abdullah meninggal dunia dan di kebumikan di Madinah.

Apabila rombong itu sampai di Mekah mereka memberitahu tentang Abdullah yang ditinggalkan di Madinah kerana sakit ketika ini Abdul Mutalib telah menyuruh abangnya Abdullah ke Madinah untuk membawa adik yang dikasihinya pulang ke Mekah. Apabila sampai di Madinah abangnya hanya mampu menahan tangisan. Dan pulang dengan perasaan hampa ke Mekah. Pada masa yang sama Aminah sedang sarat mengandung. Dengan kematian bapanya itu, nabi telah menjadi yatim sebelum dilahirkan.

Abdullah tidak banyak meninggalkan harta kecuali 15 ekor unta dan seorang hamba yang bernama Ummu Aiman. Hamba inilah yang menjaga nabi setelah baginda diputerakan.


PENYUSU NABI

Penyusu pertama selepas ibunya ialah Suwaibah al-Aslamiah iaitu hamba milik Abu Lahab. Ia adalah bapa saudara nabi. Kemudian disusui pula oleh Halimah as-Sa'adiah iaitu seorang wanita desa dari Kabilah as-Sa'ad. Beliau membawa nabi tinggal di di desanya selama 4 tahun kemudian diserahkan kembali kepada ibunya Aminah. Menyerah anak untuk disusui oleh ibu-ibu desa adalah tradisi orang arab kenamaan Quraisy. Agar anak mereka fasih dengan bahasa arab, terdedah dengan suasana kampung yang bersih dan segar, lasak ketahanan fizikal dan mental.

Kata Ahmad Kamil wartawan Arabiah.net. Gambar ini yang pertama dirakam kemera TV untuk ditonton. Kampung ini jauh dari Jeddah dengan 5 jam perjalanan kereta dan dalam lingkungan 6 jam dari Mekah.

Pada masa umur nabi 6 tahun, bondanya Aminah telah membawa nabi Muhammad ke Madinah untuk menziarahi kubur ayahandanya Abdullah. Mereka ditemani oleh Ummu Aiman. Dalam perjalan pulang ke Mekah, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia di Abwak dan sekarang ini di kenali dengan nama al-Khuraibah. Dengan kematian bondanya ini, nabi Muhammad menjadi yatim-piatu.

Nabi Muhammad kemudiannya dibawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman dan menyerahkannya kepada datuknya Abdul Mutalib.

Wednesday, March 23, 2011

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD (صلى الله عليه وسلم)

Tidak lama selepas perkahwinan Abdullah meninggalkan isterinya yang dikasihinya Aminah kerana berniaga ke negeri Syam. Pada masa itu isterinya Aminah sedang mengandung.

Setelah cukup masa kandungannya maka pada masa subuh hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah, Aminah telah melahirkan seorang putera di negeri Mekah. Berita kelahiran putera itu disampaikan kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib sungguh gembira. Beliau lalu datang ke rumah Aminah dan mengambil putera itu. Abdul Mutalib telah menamakan putera kecil itu Muhammad dengan nama itu beliau berharap cucunya itu menjadi orang yang terpuji kelak.

Tempat kelahiran Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)

Dalam bangunan

Dalam bangunan

Baginda dibawa ke Ka'abah dan didoakan keberkatan oleh datuknya

Tuesday, March 22, 2011

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dan keturunan baginda

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) dan keturunan baginda

Junjungan kita nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) adalah Rasul yang terakhir diutuskan kepada sekalian makhluk.
Firman Allah:


Untuk menguatkan kepercayaan kita kepada Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) kita perlu mengetahui sirah dan riwayat hidup baginda. Keturunan nabi sebelah ayahandanya ialah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qushai bin Kilab iaitu dari keturunan nabi Ismail anak nabi Ibrahim AS.

Abdullah seorang pemuda yang bersifat baik dan berakhlak mulia. Beliau dikasihi oleh bapanya dan dihormati oleh masyarakatnya. Beliau seorang peniaga yang selalu berulang-alik ke negeri Syam kerana menjalankan urusan perniagaannya.


Keturunan nabi dari sebelah bondanya ialah Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Carta Nasab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):



Aminah seorang wanita mulia dan dihormati. Moyangnya adalah ketua suku bani Zuhrah yang disegani oleh penduduk Mekah. Nenda nabi iaitu Abdul Mutalib adalah seorang pemimpin kaum Quraisy yang terkenal dengan keberanian dan ketegasannya.